Bermula dengan menjual beg berjenama dari luar negara secara dalam talian (online) pada 2010, Aza mengorak langkah dengan membuka perniagaan kosmetik secara serius bersama Maisarah yang dikenalinya sejak berusia tujuh tahun.

“Saya mengenali Maisarah sejak kecil. Bisnes ini bermula selepas saya teruja melihat Maisarah yang ketika itu aktif berniaga produk jenama lain. Tidak lama kemudian, Maisarah dan saya terfikir untuk mengeluarkan produk jenama sendiri,” katanya kepada S2.

Aza berkata, tiada masalah untuk mereka bekerjasama membangunkan perniagaan kosmetik.

“Pada mulanya, kami hanya menjual produk gincu matte keluaran syarikat lain. Namun selepas itu, saya terfikir untuk mempunyai produk kosmetik jenama sendiri.

“Selepas berbincang, saya dan Maisarah mewujudkan Lolalove Cosmetic pada Oktober 2017. Kami menawarkan lima jenis gincu matte secara offline dan online. Selain gincu, kami juga menjual pelbagai jenis kosmetik jenama sendiri yang lain,”ujarnya.

Menurutnya, gincu matte keluaran Lolalove Cosmetic menerima sambutan menggalakkan sehingga mendapat keuntungan sebanyak RM60,000 pada Disember lalu.

“Tidak sangka gincu matte mesra wuduk mendapat sambutan. Kami mula mengorak langkah menjual produk kosmetik lain seperti two way cake powder, liquid foundation, berus solek dan lain-lain.

“Walaupun kami menjual produk secara online, namun, kami sentiasa ‘turun padang’ demi memastikan produk ini dikenali ramai. Antaranya, kami menyertai beberapa karnival seperti Mood Republik,” katanya.

Tambahnya, produk mereka mensasarkan remaja dan wanita berusia antara 18 tahun hingga 45 tahun.

“Ia merupakan produk yang mudah dan ringkas, sesuai untuk mereka yang mahu tampil cantik dan bergaya setiap masa,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Bersama Lolalove Cosmetic, Maisarah Hamdan, memberitahu kandungan minyak jojoba, vitamin E serta kolagen memberikan kelembapan pada bibir. Kesemua produk itu katanya, telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pada tahun ini atau tepatnya pada bulan puasa nanti, kami menyasarkan keuntungan sebanyak RM500,000. Ketika ini, kami sudah mempunyai butik sendiri di The Strand, Kota Damansara dan berharap untuk membuka cawangan lain pada masa depan.

Lolalove Cosmetic turut mencari kelainan dengan mengadakan program Pencarian Si Gadis Lola, bertujuan mengasah bakat remaja dalam bidang peragaan dan kecantikan.

Setakat ini, katanya, program itu telah menarik penyertaan lebih 160 orang remaja.

“Kami mahu mengasah bakat remaja yang berminat dalam bidang kecantikan. Seramai 160 remaja telah dipilih dan daripada jumlah itu, sebanyak 15 gadis akan dipilih untuk masuk ke peringkat separuh akhir pada Mac ini.

Dalam pada itu, katanya, antara kelebihan menjadi stokis, ejen dan ‘dropship’ Lolalove Cosmetic adalah menerima ganjaran menarik seperti wang tunai, pakej percutian, pakej umrah dan barangan kemas.

“Selain itu, mereka akan diberi latihan bimbingan pada setiap bulan. Produk ini juga telah mendapat sambutan dari luar negara seperti Brunei dan Australia,” katanya.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan produk tersebut boleh melayari laman sosial Facebook dan Instagram, Lolalove Cosmetic atau laman web rasmi; www.lolalove.com.my serta menghubungi talian hotline, Zetty (016-5565686) atau Mira (010-2102021).