Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Projek Chronos ukur nilai sebenar syarikat

KUALA LUMPUR 23 Mei – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) berharap Projek Chronos yang sedang diusahakan konglomerat milik kerajaan itu bakal dijadikan petunjuk masa depan bagi menilai kedudukan ekonomi dan kewangan sesebuah syarikat.

Azman Mokhtar
Azman Mokhtar

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, projek berkenaan juga akan dijadikan indikator untuk menunjukkan impak pelaburan syarikat terhadap masyarakat.

Katanya, inisiatif Chronos telah bermula sejak 2010 dengan melakukan penilaian menyeluruh terhadap pelbagai inisiatif kemampanan sebelum kerangka nilai pelarasan kemampanan diuji ke atas 24 syarikat pelaburan di bawah Khazanah yang dikeluarkan pada tahun 2015.

“Projek ini masih berada dalam fasa pembangunan di makmal pembangunan dan penyelidikan Khazanah yang akan menilai sesebuah syarikat menjangkau nilai pasaran yang dikeluarkan syarikat berkenaan.

“Penilaian melalui Chronos juga melebihi daripada nilai kewangan intrinsik dan meliputi petunjuk sama ada terdapat nilai janaan atau nilai susut syarikat daripada pandangan luar dan pemegang saham,” katanya dalam syarahan siri kedua bertajuk ‘Akauntabiliti & Kemampanan: Tanggungjawab Akauntan’ sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini semalam.

Yang turut hadir Presiden MIA, Datuk Mohammad Faiz Azmi; Naib Pre­siden MIA, Datuk Zaiton Mohd. Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MIA, Dr. Nurmazilah Datuk Mahzan.

Mengulas lanjut, Azman berkata, antara faktor yang diambil kira dalam Chronos termasuklah alam sekitar, keharmonian industri dan pekerja serta pengganda ekonomi seperti kewujudan pe­ker­jaan, pembentukan ilmu dan teknologi ser­ta tanggungjawab korporat.

Katanya, model impak kemasyarakatan Chronos juga sudah diuji kepada 10 syarikat pelaburan yang berada di bawah Khazanah.

“Sebanyak 21 syarikat atau 20 peratus daripada 80 di bawah portfolio pelaburan Khazanah melibatkan 76 peratus aset boleh direalisasikan (RAV) sedang melalui ujian beta projek Chronos.

“Saya berharap dalam jangka masa dua tahun lagi projek ini akan dijalankan secara sepenuhnya dan mungkin akan diperluaskan kepada umum,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain