Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut antara usaha untuk mempopularkan lagi produk-produk daripada daerah baharu itu di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, sebuah tempat jualan khusus untuk menjual semua produk-produk tersebut juga akan diwujudkan di Dataran Bagan Datuk dekat sini.

“Semua produk ini saya sudah luluskan penjenamaannya, kena letak ‘Bagan Datuk Ori’. Ini secara tidak langsung akan dapat membantu memasarkan produk Bagan Datuk supaya lebih dikenali.

“Saya juga luluskan tempat untuk jual produk ini (Bagan Datuk Ori di Dataran Bagan Datuk,”katanya.

Katanya ketika berucap pada majlis lawatan ke Kilang QL Food Sdn. Bhd. di Hutan Melintang dekat sini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif QL Resources Berhad dan Pengarah Urusan Unit Pengeluaran QL Food Sdn. Bhd., Eric Cheah. - UTUSAN ONLINE