Abdullah Aziz, 22, yang menjalankan per­khidmatan membaiki motosikal di Segamat me­rupakan OKU bisu yang pernah mengikuti pengajian dalam bidang automotif di GIATMara Batu Anam, dekat sini.

Bapanya, Aziz Ahmad, 65, bersyukur kerana anak keempat daripada enam beradik itu terpilih menerima bantuan itu demi menjamin masa depan le­bih baik.

“Abdullah memang minat mem­­baiki motosikal sehingga berjaya mencipta motosikal antik dan diba­wa ke pertandingan pe­ringkat Mara.

Fahrina Md.Zin
Fahrina Md.Zin

“Dia belajar dan mahir membaiki motosikal menerusi pe­ngalaman dan kerana itu saya menyokong­nya untuk melanjutkan pe­ngajian dan Abdullah juga pernah bekerja di bengkel motosikal selama tiga tahun,” katanya.

Aziz yakin anaknya itu mampu berdikari dan berharap anaknya berpeluang memiliki bengkel motosikal sen­diri suatu hari nanti.

Seorang lagi peserta, Fahrina Md. Zin, 31, berkata, motosikal yang diterima akan memudahkannya bergerak menawarkan per­khidmatan spa kecantikan yang diusahakan di sekitar Melaka.

S. Sri Gavanesh
S. Sri Gavanesh

“Saya memang menyediakan per­khidmatan ini secara bergerak, tetapi sebelum ini menggunakan kereta, ja­di agak sukar untuk saya bergerak kerana sering me­nempuh ke­sesakan dan kos yang tinggi.

“Dengan adanya motosikal ini saya dapat bergerak dengan lancar selain dapat menawarkan pakej pada harga berpatutan ekoran kos perkhidmatan yang da­pat dijimatkan,” katanya.

Bagi, S. Sri Gana­vesh, 29, pula bantuan motosikal yang diterima membolehkannya me­­luaskan perkhidmatan menyelenggara atau mema­­sang sistem pendawai­an di rumah.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan peluang ini, sekali gus dapat membantu kami meningkatkan pendapatan,” katanya.