Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peserta berazam majukan perniagaan

Rohaya Abu Bakar 3
Rohaya Abu Bakar

MELAKA 16 Dis. - Para peserta yang terpilih menerima bantuan di bawah Program Usahawan Bergerak (Mobilepreneur) menyatakan rasa teruja mereka dapat memulakan perniagaan sendiri serta yakin dapat me­ningkatkan pendapatan melalui kemudahan yang disediakan.

Salah seorang peserta, Khairul Fahmi Ahmad Fozi, 20, berkata, peluang itu amat besar makna­nya kepada dirinya yang masih muda, namun mempunyai minat mendalam terhadap bidang keusahawanan.

Khairul yang menjalankan perniagaan Per­khidmatan Elektrik berkata, peluang itu akan digunakannya sebaik mungkin bagi meningkatkan pendapatan tanpa perlu bergantung kepada kerjaya makan gaji.

“Kemudahan yang disedia­kan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ini sa­ngat berguna dan bermanfaat bagi saya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan de­ngan modal yang rendah.

“Saya harap apa yang saya lakukan ini dapat membantu ekonomi keluarga dan pa­ling penting boleh menyediakan kemudahan pantas dan murah kepada orang ramai yang mahupun perkhidmatan saya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Mobilepreneur Peringkat Negeri Melaka di Dewan Japerun Sungai Udang, di sini semalam.

Seorang lagi peserta yang memilih Perkhidmatan Solekan dan Terapi Kecantikan, Marniza Padzil, 32, berkata, bantuan yang diterima itu mampu memajukan lagi perniagaannya yang selama ini hanya tertumpu di kedai sahaja.

Marniza yang merupakan bekas pelatih GiatMara Simpang Ampat, Alor Gajah berkata, kemudahan yang disediakan kerajaan itu akan membolehkannya bergerak dengan mudah untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

“Cara ini akan dapat membantu meningkatkan pen­­­dapatan saya, selain dapat memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan.

“Selain itu, saya juga berpeluang meningkatkan lagi kemahiran sedia ada melalui bim­bingan daripada GiatMara sete­rus­nya membantu me­majukan lagi perniagaan saya,” jelasnya.

Seorang lagi peserta, Rohaya Abu Bakar, 36, pula berkata, dengan adanya kemudahan Mobilepreneur itu dia tidak perlu lagi mengupah orang untuk membuat penghantaran produk kek dan pastri yang dihasilkannya.

Katanya, ia secara tidak langsung membantunya menjimatkan kos selain mampu me­ningkatkan kuantiti produk yang dihasilkan.

“Program Mobilepreneur ini telah memudahkan urusan saya kerana ia lengkap dengan kenderaan (motosikal), peralatan membuat kek serta bimbingan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang tersebut,” jelasnya yang merupakan bekas pelatih GiatMara Tangga Batu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain