Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Peroleh pendapatan hampir sekali ganda

Mohd Nizam Nordin
Mohd Nizam Nordin

KUALA LUMPUR 8 Julai – Jika dahulu pendapatan yang diperoleh sewaktu bergelar pramugara adalah sekitar RM5,000 sebulan, namun Mohd. Nizam Nordin, 46, kini mampu menjana pendapatan hampir sekali ganda dengan mengusahakan perniagaan pe­napis air keluaran syarikat Coway (M) Sdn. Bhd.

Malah dalam tempoh ba­ru enam bulan menyertai perniagaan tersebut, beliau kini sudah bergelar Perancang Kesihatan serta menjadi Team Leader kepada lapan orang ejen.

Menurut Mohd. Nizam, pencapaiannya itu banyak dibantu oleh la­tihan serta bimbingan yang diperolehinya sewaktu mengikuti kursus keusahawanan selama empat bulan di bawah kendalian Pusat Pembangunan Korporat (CDC).

Ujar beliau, selain membantu memulih­kan emosi selepas ber­depan situasi terpaksa diberhentikan khidmat daripada Malaysia Airlines (MAS) pada Jun 2016, CDC telah membuka matanya bahawa terdapat lebih banyak peluang di luar.

“Memang ramai kawan saya yang tak dapat terima kenyataan apabila diberhentikan kerja. Apatah lagi dengan umur yang sudah lanjut, peluang pekerjaan mungkin tertutup kerana perlu bersaing dengan golongan graduan.

“Bagaimanapun CDC telah mengubah minda kami bahawa dunia ini masih luas dan rezeki itu ada di mana-mana. Cuma kalau kita duduk di rumah tanpa berbuat sesuatu, memang tidak akan dapat apa-apa,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurut Mohd. Nizam, dalam bulan pertama mengusahakan perniagaan penapis air Coway iaitu pada Januari lalu, beliau sudah mampu menjual sebanyak sembilan unit.

Namun oleh kerana mela­kukannya secara separuh ma­sa ketika itu, komisen yang diperolehinya hanya sekitar RM1,700.

Pada bulan berikutnya beliau bertekad melakukannya secara serius dengan membuka booth di pusat beli-belah dan hasilnya sebanyak 12 unit berjaya dijual dengan pendapatan yang diperolehi kira-kira RM7,300.

“Paling lumayan saya dapat adalah pada bulan lepas iaitu kira-kira RM11,000 untuk jualan sebanyak 16 unit.

“Sehingga hari ini, saya ti­dak pernah lagi mendapat jualan kurang daripada 10 unit dalam sebulan. Sasaran saya pada November ini ialah untuk menjadi pe­ngurus,” katanya yang telah berkhidmat de­ngan MAS selama 24 tahun .

Menurut Mohd. Nizam, pengalamannya selama ber­khidmat sebagai kru kabin ba­nyak membantunya untuk mencapai apa yang diperolehi ketika ini terutama dari segi kemahiran berkomunikasi.

Beliau berkata, walaupun mempunyai simpanan de­ngan jumlah yang agak besar, namun itu bukan alasan untuk beliau tidak keluar dari zon selesa.

“Tidak seperti golongan muda, mereka tidak mempunyai komitmen dan masih boleh dibantu oleh ibu bapa, tetapi peringkat saya ini ba­nyak benda yang perlu dibayar. Desakan ini yang membuatkan saya keluar dari zon selesa.

“Kepada rakan-rakan saya yang masih belum berbuat apa-apa, lupakan perkara ya­ng lepas dan bergeraklah ke hadapan. Jangan berhenti men­­cari peluang, pintu rezeki masih terbuka luas,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain