Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perkum anjur Karnival 
Usahawan OKU 5-6 Nov.

NOOR HAZIRA MOHD. NOOR (dua dari kiri) ketika dalam sidang akhbar
NOOR HAZIRA MOHD. NOOR (dua dari kiri) ketika dalam sidang akhbar berhubung Pelancaran Karnival Usahawan Perkum di Kuala Lumpur semalam. Mingguan/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Pertubuhan Amal Pembangunan Usahawan OKU Penglihatan Malaysia (Perkum) menganjurkan Karnival Usahawan OKU Peringkat Kebangsaan 2016 bagi mendedahkan kepada masyarakat umum bahawa golongan OKU juga mampu berjaya dalam bidang perniagaan sama seperti golongan normal.

Pengerusi Perkum, Noor Hazira Mohd. Noor berkata, orang yang cacat penglihatan juga mampu menjana ekonomi kepada negara.

“Kebanyakan usahawan yang terlibat adalah peniaga secara kecil-kecilan seperti makanan, katering, dan juga urutan refleksologi.

“Objektif utama karnival ini diadakan adalah melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan OKU dan mahu membuktikan bahawa golongan OKU bukan hanya boleh menjual tisu tetapi juga perniagaan lain,” katanya dalam sidang akhbar Pelancaran Karnival Usahawan Perkum, di sini hari ini.

Noor Hazira berkata, sebanyak 32 gerai disediakan selama dua hari karnival iaitu pada 5 dan 6 November bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang bertempat di Kompleks MAB Brickfields, Kuala Lumpur.

“Karnival ini kali kedua diadakan dan tahun ini menariknya karnival tersebut dianjurkan selama dua hari dan menambah 22 gerai lagi berbanding sebelum ini hanya dianjurkan sehari dan terdapat 10 gerai sahaja.

“Selain itu, usahawan dari golongan normal juga boleh turut menyertai karnival ini dan tempahan untuk sewa gerai masih terbuka untuk orang awam,” jelasnya.

Tambah Hazira, aktiviti se­perti sukaneka untuk kanak-kanak istimewa, pertandingan gerai terlaris, pertandingan hiasan gerai, pertandingan karaoke, cabutan nombor bertuah, pemeriksaan kesihatan dan pameran peralatan dan kemudah­an OKU turut diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain