Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perjuangan golongan wanita dihargai

Sebahagian usahawan wanita yang menghadiri Seminar Pembangunan
Sebahagian usahawan wanita yang menghadiri Seminar Pembangunan Usahawan Wanita yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 11 Mac – Kerajaan sememangnya menyedari peranan dan kebolehan wanita dalam dunia perniagaan dan ke­usahawanan, malah pengiktirafan terhadap golongan tersebut boleh dilihat sejak 1989 apabila Dasar Wanita Negara digubal.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seba­nyak 20 peratus perusahaan kecil dan sederhana di negara ini dimiliki usahawan wanita dan mereka tidak dinafikan mempunyai kedudukan kukuh dalam landskap perniagaan di negara ini.

“Kepentingan wanita dalam perniagaan harus digalakkan dan ditonjolkan apatah lagi golongan ini mewakili 49 peratus iaitu 14 juta daripada populasi negara ini. Sehubungan itu, pelancaran Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) diharap berjaya merealisasikan hasrat tersebut,” katanya.

Menurutnya, DanaNITA merupakan maklum balas pihak kerajaan terhadap permintaan Pergerakan Wanita UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang memperjuangkan 30 peratus penglibatan wanita dalam ekonomi negara.

“MARA menerima cadangan tersebut, oleh itu DanaNITA kita lancarkan yang dilihat dapat menggalakkan lagi penglibatan wanita dalam bidang perniagaan, membantu wanita meningkatkan jumlah pendapatan isi rumah dan memberi suntikan modal untuk meningkatkan prestasi perniagaan usahawan wanita daripada usahawan mikro kepada makro,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita UMNO berkata, penubuhan DanaNITA merupakan satu langkah tepat kerana antara punca golongan wanita gagal membuat lonjakan dalam bidang perniagaan adalah kerana sukar memperoleh pembiayaan.

“Saya ucapkan syabas dan terima kasih khususnya buat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah me­ngotakan janji bagi membantu usahawan wanita di negara ini.

“Pergerakan Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 ada mengusulkan kepada MARA agar mewujudkan dana khas untuk usahawan wanita dan hari ini hasrat tersebut menjadi kenyataan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain