Pegawai Daerah Segamat, Mohd. Hafiz Ahmad berkata, program selama tiga hari di Dataran Labis itu merupakan peluang terbaik kepada usahawan di sini untuk mempromosikan produk mereka kerana terdapat penyertaan dari seluruh negara.

“Karnival ini begitu unik kerana ia bukan sekadar berkisar kepada pameran serta jualan pelbagai produk kraf dan IKS, malah turut dipenuhi pelbagai acara sampingan yang mampu menye­mai semangat budaya dan wari­san bangsa.

“Antara acara yang dijangka mendapat sambutan pengunjung ialah pertandingan memanah tradisional dengan busana Mela­yu dan pertandingan seni keris yang menonjolkan warisan budaya Melayu,” katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Labis (MDL) berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Pelancaran Karnival Kraf dan IKS Labis di sini hari ini.

Menurutnya, program tersebut juga merupakan satu usaha memperkenalkan Labis dan Segamat sebagai destinasi agro dan eko-pelancongan di negeri ini selari hasrat kerajaan negeri menjadikan Segamat sebagai hab pertanian.

Beliau turut menyifatkan penduduk di daerah ini akan mendapat manfaat daripada penganjuran program tersebut apabila berpeluang melihat sendiri proses membuat pelbagai kraf.

“Pengunjung tidak perlu ke Pantai Timur untuk melihat serta mempelajari proses pembuatan kraf logam kerana karnival ini turut disertai pengusaha kraf logam dari Pantai Timur.

“Penyertaan pengusaha kraf dari seluruh negara yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang sedikit sebanyak mampu menarik minat penduduk setempat khususnya golongan muda di sini untuk melibatkan diri dalam bidang tersebut.

“Kehadiran mereka diharapkan mampu mencetuskan idea-idea baharu kepada pengusaha kraf sedia ada atau mereka yang berhasrat menjadikan bidang ini sebagai kerjaya menghasilkan pelbagai produk yang boleh menonjolkan keistimewaan Labis untuk pasaran seluruh negara,” katanya.

LABIS 30 Nov.– Pengusaha kraf serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) digalakkan me­rebut peluang memperkenalkan produk mereka sempena penganjuran Karnival Kraf dan IKS Labis bermula 9 Disember ini.