Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sepanjang 2016 lalu, sejumlah 381 metrik tan produk asas sarang burung walet dieksport ke 13 negara dengan nilai pasarannya telah mencecah RM344.8 juta.

“Industri sarang burung walet terus berkembang setiap tahun dengan Hong Kong, China dan Vietnam kini menjadi pasaran utama.

“Bagi produk asli sarang burung walet pula dianggar sejumlah 60 metrik tan dieksport ke pasaran China dengan nilai memcecah RM402 juta,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap dalam Forum: Peluang Cabaran Masa Depan Industri Sarang Burung Walet Malaysia dan Asean Melalui Inisiatif Satu Jalur Satu Laluan (OBOR), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan dan Perdagangan Sarang Burung Walet Malaysia, Beh Kwei Hoi. - UTUSAN ONLINE