Empat tahun lalu, dia bukan sekadar berjinak-jinak dalam satu perniagaan sahaja, namun turut menjalankan perniagaan jualan barangan borong seperti barangan bayi, fesyen, peralatan kenderaan dan barangan wanita dari negara China untuk pasaran Malaysia.

Minatnya dalam perniagaan mendorongnya untuk terus maju dengan melahirkan produk sendiri pada pertengahan 2017.

“Saya mula berniaga secara kecil-kecilan. Selepas itu, saya cuba menjalankan perniagaan borong di China sehingga terfikir mempunyai produk sendiri.

“Alhamdulillah, pada Jun lalu, saya mula menjual produk Nyla Magic Soap iaitu sabun membuang kotoran di seluruh badan dan muka. Saya menggunakan modal sebanyak RM50,000 untuk memulakan perniagaan tersebut,” katanya kepada S2.

Jelasnya, pada awal pembabitan dalam perniagaan produk itu, rakannya memberi idea untuk membuat produk sendiri kerana itu lebih berbaloi.

Hasil kesungguhannya, produk yang baru sahaja bertapak selama enam bulan lalu kini mula dikenali ramai.

“Sebanyak 50,000 unit terjual dalam tempoh enam bulan lalu, dan pada tahun depan, kami menyasarkan sebanyak satu juta unit dijual di dalam dan luar negara.

“Produk ini disasarkan kepada golongan wanita dan lelaki termasuk bayi. Sabun ini sesuai digunakan pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai masalah kulit seperti ruam dan gatal-gatal,” katanya yang bakal memasarkan produk itu ke Oman, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Sementara itu, isterinya yang merupakan pengasas Aveena Beauty, Fatin Farhana Abd. Rahman berkata, Nyla Magic Soap adalah produk sepenuhnya milik bumiputera yang telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan kategori kosmetik dan mendapat Amalan Pengilangan Baik (GMP).

“Bermodalkan RM50,000 untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, Nyla Magic Soap menggunakan 100 peratus bahan organik dan tidak mempunyai bahan kimia berbahaya.

Menurutnya, produk itu menggunakan 100 peratus bahan semula jadi seperti minyak argan, minyak rose 
hip, minyak tea tree, minyak zaitun, madu, lidah buaya 
dan vitamin C.

“Kesemua bahan ini sudah cukup untuk menghasilkan sabun tersebut, tetapi kami menambah ekstrak mutiara dan emas 24 karat bagi menghasilkan kesan maksimum kepada pengguna,” katanya.

Berdasarkan maklum balas pengguna, Fatin berkata, 
sabun itu bukan sahaja memberi kesan mencerahkan kulit 
tetapi mampu mengurangkan masalah seperti jerawat, 
jeragat, biji kolesterol, kurap, ketuat dan ruam.

Tambahnya, setelah sabun tersebut mendapat sambutan, dia merancang membuat serum untuk jeragat dan losen pemutih pada tahun hadapan.

“Melihat pasaran kosmetik semakin mendapat sambutan, saya bercadang mengeluarkan produk kosmetik seperti serum dan losen pemutih untuk wanita,” katanya.

Dalam masa yang sama dan untuk mengukuhkan kedudukan syarikat, Fatin juga bercadang melantik seramai 100 stokis dan ejen di seluruh negara bagi menampung permintaan memandangkan sambutannya yang sangat luar biasa.

“Ketika ini, saya hanya menjual secara dalam talian melalui kakitangan di pejabat. Saya mahu membuka peluang kepada pelajar institut pengajian tinggi serta suri rumah yang ingin mencari pendapatan sampingan, di samping pelanggan yang boleh membeli secara langsung daripada mereka,” katanya.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan produk Nyla Magic Soap boleh membelinya secara dalam talian melalui laman sosial Facebook dan Instagram, Nyla Magic Soap atau menghubungi Fatin di talian 019-4524517.