Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

NYAZAHANNA TIDAK BERPUTUS ASA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri( tiga 3
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri( tiga dari kiri); Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Tan Sri Mohd.Ali Rustam (tiga dari kanan) dan Nyzahanna Yusof (dua dari kanan) pada pelancaran Program Prospernita Zon Selatan di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

MESKIPUN tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan, itu tidak menjadi penghalang kepada Nyzahanna Yusof menceburi bidang tersebut berbekalkan semangat ingin berjaya.

Wanita berhati kental itu menjadikan rakan-rakan wanitanya yang mampu menjadi usahawan berjaya selepas mengetengahkan produk masing-masing sebagai pembakar semangat dan membuktikan dia juga mampu berbuat demikian seperti mereka.

Nyzahanna, anak kelahiran Alor Setar, Kedah mula menceburi bidang perniagaan apabila mengeluarkan produk ibu putih iaitu krim pemutih buka dan bawah lengan pada 2013 namun disebabkan permintaan semakin berkurangan, dia beralih kepada perniagaan tudung Royal Rose Scarf yang diusahakan secara dalam talian setahun kemudian.

“Alhamdulillah perniagaan tudung produk Royal Rose Scarf mendapat permintaan tinggi sehingga mampu menjualnya berkodi-kodi. Sehingga kini saya masih menjual produk tersebut yang diimport dari Turki.

“Mulai tahun lalu, saya mengkomersialkan produk kecantikan dan kesihatan dalaman untuk lelaki dan wanita yang sebelum ini dikenali sebagai Rose Petal kepada Rose Petal Candy Doll Foundation dalam bentuk tablet kunyah sejak Disember lalu,” kata wanita yang merupakan seorang penjawat awam di Putrajaya.

Menurut Nyzahanna, tablet kunyah Rose Petal Candy Doll Foundation merupakan produk yang dikilangkan di Prai, Pulau Pinang dan menggunakan bahan semula jadi iaitu ekstrak kelopak bunga ros daripada teknologi Jepun dan dicampurkan dengan ekstrak bunga-bungaan seperti delima, blueberi, strawberi dan wolfberry atau goji.

“Sekarang saya dalam proses memperluaskan jenama dan produk Rose Petal Candy. Perancangan yang teliti dilakukan dan pelaksanaannya sedang giat dijalankan, ini termasuk aktiviti pemasaran secara dalam talian.

“Tidak lama lagi jenama Rose Petal Candy akan diperluaskan ke media cetak, radio dan rancangan televisyen yang mana jadualnya telah ditentukan.

“Pihak syarikat akan memperluaskan pengambilan stokis dan ejen di seluruh negara.

“Buat masa ini, kita ada beberapa stokis dan ejen di setiap negeri namun kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk berbuat demikian,” kata pengusaha berusia 42 tahun itu.

Bercerita mengenai produk yang diusahakan, Nyzahanna berkata, pada mulanya dia tidak memberi fokus sepenuhnya dalam perniagaan kecantikan kerana tugas sebagai penjawat awam amat membataskan waktu. Tetapi setelah bertemu rakan iaitu Rossilah Lall Muhammad dan Muhammad Muhayudeen Musa, timbul idea mewujudkan produk kecantikan dan kesihatan dalaman sendiri.

“Bermula dengan penyelidikan, pemilihan bahan kandungan dan kajian dibuat oleh saya sendiri dengan dibantu rakan-rakan dalam kalangan profesional seperti doktor perubatan membuatkan saya terfikir arah tuju produk yang akan dihasilkan.

“Sebelum ini, kami bermula dengan mengeluarkan produk Royal Rose Doll Foundation iaitu produk kosmetik secara skala sederhana dan hanya dipasarkan di lokasi tertentu dan dalam talian.

“Alhamdulillah produk itu mendapat sambutan menggalakkan. Kini, produk tersebut dipasarkan bersama Rose Petal Candy dan merupakan salah satu produk ikon dalam rangkaian produk dihasilkan oleh pihak syarikat,” katanya.

Berbekalkan keyakinan, sokongan rakan dan maklum balas positif daripada testimoni pengguna, pihaknya berkeyakinan bahawa produk itu akan mendapat tempat di hati pengguna dan diterima baik oleh masyarakat.

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.rosepetalcandy.com atau laman sosial Facebook rosepetalcandy; Instagram rosepetalcandy_hq serta boleh dihubungi di talian 012-2223553 atau 012-3888801.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain