Masakan tidak, dengan rupa paras menawan dan ketinggian yang memenuhi syarat, ada sahaja tawaran yang diterimanya.

Pun begitu, Nur Tasnim Shah Kirit , 19, tidak pernah mengabaikan pendidikan. Selepas peroleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nur Tasnim melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Saya mula menjadi model ketika berusia 16 tahun. Ketika itu, sepupu menawarkan saya tugasan sebagai model untuk satu butik. Kemudian, tawaran saya terima daripada jurugambar dan butik lain.

“Namun, saya tahu pelajaran tetap menjadi keutamaan. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menerima tawaran model hanya pada hujung minggu,” katanya.

Ditanya tentang penglibatan Muslimah dalam bidang peragaan dan fesyen, Nur Tasnim memberitahu, senario ini sebenarnya baik kerana kita dapat menunjukkan Muslimah masih boleh berfesyen sambil menutup aurat.

“Ini juga menandakan wanita kini lebih berdikari dan mempunyai matlamat hidup. Dia tahu apa yang dia nak capai dan boleh hidup tanpa perlu mengharapkan orang lain. Sebagai model, kita perlulah berdikari kalau nak berjaya,” katanya yang kini mempunyai produk sendiri, Tasnim Shah Cosmetic.

Walaupun masih lagi menerima pelbagai tawaran peragaan, Nur Tasnim mahu fokus dalam pelajaran.

Sebagai remaja, Nur Tasnim turut mempunyai pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan sebaya. Pada masa lapang, Nur Tasnim gemar bermain luncur ais, membeli-belah dan menonton wayang.

Baginya, sebagai personaliti media sosial, dia sering menerima tawaran mengulas (review) produk di Instagram, dia tekad mencabar diri untuk terjun dalam dunia perniagaan.

Nama: Nur Tasnim Shah Kirit
Usia: 19 tahun
Cita-cita: Peguam
Aktiviti terkini: Usahawan, model dan pelajar
Instagram: tasnimshah_