Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Melon Manis Terengganu beri hasil RM1.91 juta

Melon Manis Terengganu beri hasil RM1.91 juta
PENGERUSI Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof (kiri) menunjukkan Melon Manis Terengganu yang dihasilkan oleh penanam di Terengganu dan diperhatikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Mohd Nasir Warris (kanan) selepas merasmikan penubuhan Koperasi Melon Terengganu Berhad (KOPMET) petang semalam. - UTUSAN ONLINE/Gambar BERNAMA

BESUT 8 Feb. - Projek penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) sepanjang 2016 mencatatkan hasil pengeluaran sehingga 507,330 kilogram melon bersamaan dengan RM1.91 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengurusan Ladang dan Komoditi Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, kira-kira 50 orang menyertai projek perusahaan produk melon yang menjadi ikon Terengganu itu di 10 lokasi di seluruh negeri.

"Pada tahun ini pelbagai usaha akan dilaksanakan melalui Jabatan Pertanian Terengganu bagi meningkatkan lagi pengeluaran MMT sehingga sekali ganda sebagai langkah menjadikan MMT sebagai produk popular kepada seluruh negara," katanya kepada media selepas merasmikan penubuhan Koperasi Melon Terengganu Berhad (KOPMET), di sini.

Beliau berkata, dua lagi kawasan telah dikenal pasti sebagai lokasi baharu projek itu iaitu di Kompleks Pertanian Negeri (PKN) Peradong dan KPN Ajil.

Sejumlah 859,200 kilogram dengan nilai RM3.4 juta hasil disasarkan pada tahun ini, katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain