Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan itu merupakan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditubuhkan oleh Seranta, Felda pada 2009.

Pengerusi Kluster Ekonomi dan Keusahawanan Gaprof, Tan Sri Rozali Ismail berkata, lima pasukan yang mara ke peringkat akhir itu terdiri daripada anak-anak Felda yang belajar di universiti awam dan swasta.

"Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang dan mereka mestilah merupakan generasi Felda. Mereka akan melalui dua saringan iaitu sesi pertama berlangsung pada 21 Oktober lalu dan kedua pada hari ini.

"Sebanyak 16 kumpulan daripada 10 universiti awam dan swasta mempersembahkan idea masing-masing, namun hanya lima sahaja yang akan dipilih ke peringkat akhir nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.