Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lebih sejuta usahawan dapat manfaat

Abdul Rasheed Ghaffour
Abdul Rasheed Ghaffour

KUALA LUMPUR 22 Mei - Landskap pembiayaan mikro di Malaysia telah memberi manfaat kepada lebih satu juta perusahaan mikro di negara ini.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour berkata, sehingga akhir tahun lalu, sektor pembiayaan mikro global telah berkembang lebih 30 kali ganda kepada AS$1.2 bilion (RM5.2 bilion).

Beliau berkata, pembiayaan mikro juga telah berjaya mewujudkan pendapatan kepada para usahawan mikro bagi membina aset dan akhirnya meningkatkan taraf hidup mereka.

“Walaupun telah mencapai kemajuan yang ketara sejak tahun 1970-an bagi membangunkan sistem kewangan yang lebih inklusif, kerja-kerja kami dalam pembiayaan mikro masih belum selesai.

“Kita tidak menyedari potensi besar yang ditawarkan melalui pembiayaan mikro yang mana ia mampu meningkatkan segmen mikro bagi pertumbuhan yang mampan,” katanya ketika berucap pada Simposium Pembiayaan Mikro Global 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Amalan Kewangan dan Pasaran Global, World Bank Group, Sebastian-A Molineus.

Pada 2016, BNM telah memperkenalkan rangka kerja pembia­yaan mikro yang komprehensif untuk menggalakkan pembangu­n­an industri pembiayaan mikro yang mapan di Malaysia.

“Ini akan memberi usahawan mikro akses kepada pembiayaan, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai cagaran, disokong oleh prosedur permohonan yang mudah, dokumentasi yang minimum dan masa pemulihan yang cepat,” katanya.

Simposium Pembiayaan Mikro Global 2017 yang berlangsung selama dua hari itu menghimpunkan delegasi dari Malaysia dan luar negara, termasuk penggubal dasar, pengawal selia, penyedia perkhidmatan kewangan, pengen­dali rangkaian mudah alih dan institusi berasaskan komuniti untuk bertukar-tukar pandangan dan amalan terbaik dan rangkai­an serta berkongsi pengalaman dalam hal-hal berkaitan pembia­yaan mikro.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain