Pengarahnya, Datuk Ab. Ghani Harun berkata, bantuan berupa barangan makanan itu turut diagihkan kepada mangsa yang terputus hubungan khususnya di kawasan-kawasan kampung.


Menurutnya, setakat ini, Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah dan Tumpat telah menerima bantuan tersebut.


“Program ini mendapat kerjasama erat daripada pasar raya yang ada di negeri ini. Kita akan terus membantu mangsa-mangsa banjir selaras dengan kehendak dan saranan pihak Kementerian,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Misi Agihan Bantuan Banjir PPDNKK Kelantan dengan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Kampung Bukit Pak Junoh dan Baroh Pial di sini hari ini.


Turut hadir, Presiden Kemudi, Mohd. Zailani Abdul Rahman dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Ghazali Ismail.-UTUSAN ONLINE