Setiausaha Bahagian Pembangunan Usaha­wan Desa, Hussain Moh (gambar) berkata, sambutan luar biasa itu terhadap karnival berkenaan menunjukkan sokongan orang ramai terhadap golongan usahawan desa khususnya bumiputera di negara ini.

“Ini adalah kali pertama kali kita menganjurkan karnival ini di PWTC berbanding KUD sebelumnya yang dilakukan di kawasan terbuka seperti Putrajaya.

“Penglibatan usahawan desa juga semakin bertambah berbanding KUD sebelum ini dan kita harapkan soko­ngan orang ramai akan dapat dite­ruskan pada pe­nganjuran akan datang,” katanya ketika ditemui di karnival ber­kenaan hari ini.

Hussain berkata, KUD 2017 adalah edisi ketujuh dianjurkan dan di­sertai kira-kira 700 usahawan luar bandar dari seluruh negara.

Katanya, pengan­juran karnival berke­na­an bertujuan mem­pro­mosi dan memperluaskan akses pasaran serta memartabatkan produk atau perkhidmatan luar bandar sekaligus meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk dan perkhid­matan luar bandar

Bertemakan Usahawan Desa Produk Global, KUD 2017 dijangka berupaya membawa pulangan dalam bentuk nilai kewangan dan juga peningkatan perniagaan usahawan luar bandar.

Turut memeriahkan karnival tersebut adalah persembahan daripada artis-artis popular tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Khai Bahar, Siti Nordiana, Akim Ahmad, Amy Search, Ella, Haqiem Rusli dan Ayda Jebat.