Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Koleksi D'Marhain perluas jus ManjaSuri ke seluruh negara

Noorsaliza Saad menunjukkan produk keluarannya, jus ManjaSuri.
Noorsaliza Saad menunjukkan produk keluarannya, jus ManjaSuri.

SEREMBAN 27 Jun – Pengeluar minuman kesihatan, Koleksi D'Marhain menawarkan peluang kepada usahawan yang berminat untuk menjadi stokis dan ejen kepada produk keluarannya, jus ManjaSuri sekali gus memperluaskan pasaran jus berkenaan di seluruh negara.

Menurut Pengasasnya, Noorsaliza Saad, produk yang berada di pasaran sejak dua tahun lalu itu telah mendapat sambutan memberangsangkan dari pengguna di Lembah Klang dan beberapa negeri sekitarnya.

Beliau berkata, jus ManjaSuri merupakan produk sulung keluaran Koleksi D'Marhain untuk wa­nita yang mementingkan kesihatan dalaman dan kecantikan luaran.

Katanya, produk itu mengan­dungi kombinasi makanan sunah, rempah ratus tradisional serta buah-buahan terpilih yang berkesan dalam memberi penampilan menarik kepada pengguna.

“Antara bahan yang terkan­dung dalam jus ManjaSuri adalah habatus sauda, kurma, madu, saffran, manjakani, kacip fatimah, akar 44, gam arab serta delima dan air sireh.

“Produk ini juga mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya di sini baru-baru ini.

Noorsaliza berkata, ManjaSuri kini dijual pada harga RM79 bagi Semenanjung dan RM89 di Sabah serta Sarawak dengan isi kandu­ngan sebanyak 510 mililiter.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain