Namun, sejak mula dikenali di negeri-negeri utara Semenanjung, gincu Nur’Asia menerima sambutan luar dugaan kerana bukan sahaja mencantikkan bibir wanita, tetapi memberi manfaat buat kaum lelaki.

“Ini kerana salah satu koleksi gincu Nur’Asia iaitu Multi Purpose Magic Stick yang dihasilkan dari kolagen marin dan madu dihasilkan untuk kegunaan uniseks.

Produk itu adalah pelembab bibir yang berfungsi membantu merawat beberapa masalah kulit sederhana seperti bibir merekah atau ulser di bibir.

“Malah produk itu juga amat sesuai digunakan bagi masalah jerawat, panau dan ekzema yang ringan. Pendek kata, sesuai digunakan dari hujung rambut ke hujung kaki. Jadi, tidak ada apa yang pelik jika lelaki juga mengenakan gincu Nur’Asia,” katanya kepada S2 baru-baru ini.

Menurut Don Aiman atau nama sebenar Nur Iman Shah Mohamad Najib, 33, selain sesuai digunakan untuk bersolat bagi pengguna beragama Islam, gincu Nur’Asia turut mengetengahkan inovasi yang sukar didapati pada jenama gincu lain antaranya kombinasi beberapa warna pada sebatang gincu sekali gus memberi pilihan warna lebih menarik pada pemakai.

“Produk ini juga didatangkan dengan bekas yang unik dan praktikal. Harga jualan ditawarkan pula berpatutan bermula RM30 sehingga RM70 tetapi kualiti ditampilkan setanding dengan jenama gincu terkenal lain,” katanya yang turut popular dikenali sebagai Abang Gincu.

Tambah Don Aiman, selain pelembab bibir Multi Purpose Magic Stick, Nur’Asia menampilkan empat lagi koleksi gincu termasuk yang terbaharu dan unik, Love At First Sight.

Menyentuh mengenai rangkaian perniagaan, Don Aiman berkata, syarikatnya juga kini giat mengembangkan jaringan perniagaan bagi jenama gincunya itu melalui program pelan pemasaran strategik dan semakin mendapat sambutan ramai.

Katanya, program keusahawanan dikenali sebagai Sistem Bonus Nur’Asia itu menawarkan platform untuk sesiapa sahaja menjana pendapatan melalui sistem yang memberi pulangan bonus sehingga ribuan ringgit kepada ahli yang menyertainya.

Bayangkan, seorang ejen yang berjaya menarik penyertaan lebih ramai ahli di bawahnya mampu menjana pendapatan lumayan setiap minggu.

“Dengan modal RM1,000, peserta mampu mendapat pulangan modal lumayan melalui dua pendapatan. Perlu ditegaskan ini bukan sistem jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) tetapi adalah sistem jaringan perniagaan yang memberi imbuhan menarik kepada ahli.

“Jadi, tidak perlu tunggu lama sertai program ini kerana peluang menjana pendapatan dengan potensi masa depan serta prospektif yang berbaloi,” katanya.

Katanya, program itu merupakan pelan pemasaran yang berkembang dengan pantas kerana semakin ramai menjadikan perniagaan gincu Nur’Asia sebagai kerjaya pilihan mereka.

Mengenai perancangan pula, Don Aiman berkata, produk Nur’Asia kini berjaya mengembangkan sayapnya ke China dan Thailand selain mencipta nama di Singapura dan Indonesia.

“Bagi pasaran tempatan, selain jualan langsung secara ejen dan dalam talian, kami juga giat berunding dengan pihak pasar raya besar seperti Tesco, Mydin dan pusat beli-belah Parkson,” katanya.

Bagi mereka yang berminat menyertai Sistem Bonus Nur’Asia boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman web www.nurasia.com.my atau menghubungi nombor hotline 012-7780886.