Menjadikan kerja keras sebagai resipi kejayaan, Maya dan Dana menerusi May dan Trading tidak menoleh belakang, malah terus giat mempromosikan rangkaian produk termasuk Maydan Q-Tab, pencuci dan pelembap rambut Strawberry Smoothies serta serum pelembap wajah.

Tentunya bagi mereka, tiada jalan pintas untuk menghasilkan dan memasarkan produk sendiri. Untuk hasil yang terbaik, Maya memberitahu dia dan Dana telah menguji keberkesanan produk tersebut kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum dijual kepada umum.

“Sepanjang tempoh penyelidikan dijalankan, saya mengalami masalah jerawat yang teruk. Dana pula berdepan masalah keguguran rambut yang kronik. Sejujurnya, masalah tersebut cukup membebankan sehingga meragut keyakinan kami.

“Dalam kerunsingan mendepani masalah ini, kami memberanikan diri menguji formula dihasilkan ke atas diri sendiri secara sukarela.

“Alhamdulillah, formula terbaik yang digunakan dalam produk kami menampakkan keberkesanannya,” katanya.

Ternyata, Maya dan Dana teliti dalam menghasilkan produk yang selamat digunakan. Ia terbukti apabila mereka menekankan penggunaan sumber alam semula jadi sebagai asas dalam penghasilan ketiga-tiga produk tersebut.

“Produk kami bebas bahan berunsur haiwan dan kimia. Kami tumpukan bahan semula jadi, contohnya penggunaan acai berry dan ekstrak delima dalam Q-tab Maydan, minyak kelapa serta asid laktik dalam pencuci dan pelembap rabut, selain timun dan lidah buaya dalam serum.

“Memang itu objektif kami iaitu menghasilkan produk selamat, berkesan dan sesuai untuk semua peringkat usia.

“Dalam masa yang sama, kesemua produk ini sesuai digunakan semua bangsa dan agama di negara ini,” jelas Dana.

Dalam pada itu, Dana dan Maya turut menyimpan harapan untuk membantu melahirkan usahawan baharu dalam kalangan masyarakat.

Menurut Maya, ia akan dicapai menerusi program keusahawanan yang telah dan akan mereka gerakkan kelak.

“Konsep perkongsian rezeki menjadi pegangan kami. Kami buka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai ejen atau stokis berdaftar menerusi program yang sesuai.

“Kami ingin menggalakkan masyarakat kita, terutamanya golongan Melayu dan bumiputera untuk berniaga.

“Justeru kami bukan sahaja membuka peluang perniagaan, malah menawarkan khidmat kaunseling percuma kepada mereka,” kata Maya lagi.