Begitu juga dengan pemilik butik yang mengeluarkan hijab jenama Qa’Ma Exclusive, Rosmariati Mohamad, 39, dan suaminya Shamsul Azra Mohd. Hussain, 39.

Bagi pasangan suami isteri ini, pengalaman selama enam tahun berkecimpung perniagaan dalam talian membuka peluang buat mereka mencipta jenama tudung sendiri yang kini kian mendapat sambutan dalam kalangan wanita berhijab.

Menurut Rosmariati, jenama Qa’Ma Exclusive lahir setahun lalu selepas dia mendapat ilham bagi menghasilkan tudung berbentuk shawl yang menepati syariah buat kaum wanita Muslim namun mengekalkan gaya terkini.

Katanya, setelah enam tahun berhempas pulas menjalankan perniagaan dalam talian dengan menjual produk jenama milik orang lain, Rosmariati dan suami mengambil langkah berani menghasilkan tudung Qa’Ma Exclusive kerana yakin akan pasarannya yang masih luas.

“Melalui kajian saya, terdapat kira-kira lapan juta pengguna hijab di Malaysia. Jadi, melahirkan tudung berbentuk shawl Qa’Ma Exclusive ini memberi satu lagi pilihan pelbagai buat penggemar shawl di negara ini,” katanya.

Menurut suaminya, Shamsul Azra, harga shawl Qa’Ma Exclusive yang dijual antara RM50 ke RM150 memberi pilihan kepada penggemar shawl untuk memiliki tudung yang diperbuat daripada material fabrik berkualiti tinggi pada harga mampu milik.

“Koleksi Qa’Ma Exclusive hanya menggunakan fabrik berkualiti sebahagian besarnya satin premium yang diimport. Dengan rekaan corak terkini dan menawan hati, penggemar shawl boleh sahaja memilikinya pada harga yang begitu berpatutan,” katanya.

Buat permulaan, Qa’Ma Exclusive telah mengeluarkan tujuh koleksi rekaan yang memikat sejak 2016 dan akan menambah koleksi lebih terbaharu tahun depan.

Walaupun baru setahun jagung berada di pentas perniagaan dalam talian, Shamsul Azra berkata, jenama Qa’Ma Exclusive yakin persaingan sihat merancakkan lagi dunia fesyen hijab di negara ini dan tidak gentar dengan dugaan yang mendatang.

Dengan pembukaan cawangan butik terbaharu di Reko Sentral, Kajang selain cawangan pertama di Terengganu, Qa’Ma Exclusive melihat potensi lebih luas pada 2018.

“Sepanjang 2016, Qa’Ma Exclusive sudah mempunyai kira-kira 100 ejen di seluruh negara. Untuk tahun depan, kita mahu menambah lagi kira-kira 200 ke 300 ejen bagi mengembangkan jenama Qa’Ma Exclusive di serata Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman, Shamsul Azra berkata, sudah pasti setiap perniagaan ada pahit manisnya sendiri.

Bagi dia dan isteri, cabaran mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan merupakan antara dugaan perlu dilaluinya sepanjang berniaga lebih-lebih lagi setelah melahirkan jenama Qa’Ma Exclusive.

“Apa yang penting, kita mahu memastikan pelanggan berulang terjaga. Mendapatkan kepercayaan mereka ini adalah penting bagi kita kerana mereka sudah kenal dan tahu produk kita,” katanya.

Bagi penggemar hijab yang ingin mendapatkan shawl Qa’Ma Exclusive atau menjadi ejen boleh menghubungi butik berkenaan di talian 019-3265511/019-3255511 atau melawat laman sosial Facebook Qa’Ma atau Instragram qamahijab.