Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata,  kawasan berkenaan sejak dahulu memang terkenal sebagai salah satu sumber semulajadi bagi penduduk kampung mendapatkan bekalan ikan.

Katanya, namun  pengenalan penanaman padi dua kali setahun yang kini dipraktikkan di negara ini menyebabkan ikan tidak lagi dapat hidup di kawasan sawah akibat penggunaan baja kimia.

"Jadi saya minta Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan buat kajian bagaimana isu baja kimia ini dapat kita tangani. Mungkin kita boleh guna baja organik jadi ia tidak akan mengancam ikan dalam sawah.

"Begitu juga mengenai tempoh ikan membesar sebab air cuma bertakung antara dua hingga tiga bulan sahaja menerusi penanaman padi dua kali setahun, jadi mungkin kita boleh menternak ikan, tapi tak cukup besar, namun saya lihat petak sawah boleh jadi kawasan perantara sebelum dipindahkan ke tempat lain," katanya.

Tajuddin berkata demikian dalam  sidang akhbar selepas merasmikan Program Jom Bertani Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik di Pejabat Pertanian Chenderong Balai dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Pengarah Pertanian negeri, Norazmi Yahya.- UTUSAN ONLINE