Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jus lentik dara sasar jualan RM12 juta tahun ini

KUALA LUMPUR 12 Jan.– Syarikat pengeluar produk kecantikan dan kosmetik, Ayden Rizqi Empire yakin produk jus lentik dara keluarannya mampu mencapai sasaran jualan melebihi RM12 juta tahun ini.

WAN NURAFIFAH WAN MOHD. KAMAL menunjukkan produk jus lentik dara yang mampu menyelesaikan masalah dalaman wanita di Kuala Lumpur, semalam. Utusan/AMIN FARIJ HASAN

Pengarah Eksekutifnya, Wan Nurafifah Wan Mohd. Kamal berkata, walaupun produk itu baharu diper­kenalkan empat bulan lalu ia mendapat sambutan yang menggalakan dan pihaknya telah melahirkan ramai usahawan hasil jualan produk tersebut.

“Jus lentik dara dijual dengan harga RM75 dan diformulakan untuk membantu mengembalikan bentuk badan yang ideal dan dalam masa sama ia mampu menyelesaikan masalah dalaman wanita antaranya keputihan.

“Dengan mengambil jus ini secara konsisten iaitu satu atau dua kali sehari pengguna boleh merasai perubahan dalam diri mereka antaranya badan agak ringan dan kurang rasa letih,” katanya ketika ditemui di pejabat pengurusan Ayden Rizqi Empire, di sini hari ini.

Jelasnya, jus yang dihasilkan daripada bahan semula jadi antaranya, acai berry, delima, madu, kurma, asam keping dan kolagen tidak terhad untuk penggunaan wanita malah pihaknya juga mempu­nyai pelanggan lelaki.

“Jus ini boleh diamalkan oleh pengguna seawal usia 14 tahun dan ia juga boleh digunakan untuk sapuan luaran. Sebagai contoh kesan parut, ada pe­langgan yang menitiskan jus di kawasan parut dan mereka memperolehi kesan positif apabila kesan parut itu mula pudar.

“Buat masa ini kita mempunyai stokis di semua negeri termasuk Singapura dan akan melebarkan sayap di Indonesia. Syarikat juga sedang mencari agen baharu dan akan mengadakan pelbagai kelas bimbingan untuk stokis dan agen yang berdaftar di bawah syarikat,” katanya.

Wan Nurafifah berkata, pelanggan yang berminat mendapatkan jus lentik dara boleh melayari laman sosial Facebook ‘Lentik Dara Malaysia HQ’ dan mendapatkan maklumat mengenai stokis berhampiran kawasan mereka.

“Kita juga masih membuka peluang kepada orang ramai menjadi usahawan di bawah bimbingan syarikat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mereka juga boleh menghubungi kami di talian 0124237300 atau 0342179300,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain