Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jelajah MITI bagaikan pesta

Langkah bantu golongan usahawan PKS perkenal, promosi produk

Orang ramai termasuk pelajar berhimpun bersama Ahmad Maslan. 4
Orang ramai termasuk pelajar berhimpun bersama Ahmad Maslan.

PONTIAN 28 Feb. - Dataran Taman Awam Tepi Laut Pontian, di sini tiba-tiba ‘kecoh’ dan ‘dikerumun’ oleh ribuan orang terutamanya masyarakat setempat, baru-baru ini.

Suasananya ibarat pesta dan amat meriah dengan aktiviti dijalankan, khususnya jualan pelbagai produk usahawan tempatan.

Itulah suasana kemeriahan Je­lajah Usahawan Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI) dan Agensi 2017 peringkat daerah yang dianjurkan bagi memperkenalkan produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini.

Program selama tiga hari itu disertai 130 usahawan PKS dan pelbagai agensi di bawah MITI seperti Lembaga Pelaburan Pembangunan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME Corp Malaysia, Malaysia Industrial Development Finance Bhd. (MIDF), SME Bank dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC).

Menurut Timbalan Menteri Per­dagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan jelajah berkenaan bertujuan membantu usahawan ber­kenaan mempromosikan produk keluaran mereka, khususnya di daerah ini.

Beliau berkata, program tersebut juga memberikan pendedahan kepada usahawan yang menceburi sektor pembuatan perabot, lukisan, pemprosesan makanan, cenderamata, pertanian, penternakan dan pakaian untuk mengenal pasti bantuan yang disediakan oleh MITI dan agensi-agensi lain di bawahnya.

“Pengusaha PKS masih memerlukan sokongan bagi membolehkan mereka mengembangkan perniagaan masing-masing, bukan sahaja dalam aspek pemasaran, malah modal, pembungkusan, kualiti pembuatan dan sebagainya,” katanya semasa merasmikan jelajah berkenaan.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, program itu juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap usahawan PKS termasuk di daerah ini yang turut menyumbang meningkatkan taraf sosio ekonomi keluarga masing-masing.

“Ada dalam kalangan mereka yang telah berjaya memasarkan produk masing-masing bernilai ratusan ribu setahun, namun ada juga yang baru cuba menerokai bidang PKS mengikut kemam­puan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Pontian, On [email protected] berharap program berkenaan dapat menyuntik semangat pengusaha PKS untuk terus berjaya pada masa depan dan pelbagai produk yang dihasilkan oleh penduduk tempatan kuih-muih tradisional, barangan kraf tangan serta hasil pertanian dan penternakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Kami mengalu-alukan peng­anjuran program seperti ini ke­rana mampu melonjakkan minat dan kesungguhan dalam kala­ngan usahawan untuk bersaing secara sihat bagi memajukan bidang masing-masing,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain