Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, program itu adalah salah satu inisiatif pihaknya untuk menggalakkan penduduk setempat mendapatkan ikan dengan harga yang berpatutan.

“Harga yang ditawarkan di sini jauh lebih rendah daripada jualan ikan di luar sana.

“Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan kos sara hidup penduduk Lembah Kelang untuk mendapatkan ikan-ikan segar dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya kepada pemberita selepas melawat jualan ikan segar dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Jabatan Perikanan, Datuk Dr. Bah Piyan Tan.

Tambahnya, selain itu, ikan air tawar seperti tilapia, patin, keli dan sebagainya turut dijual di sini. - UTUSAN ONLINE