Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Industri kraf catat nilai jualan RM508.3 juta tahun 2016

Rosmah Mansor mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan Manang Songket, Wan Manang Wan Awang  (d
Rosmah Mansor mendengar penerangan daripada Pengarah Urusan Manang Songket, Wan Manang Wan Awang (dua dari kanan) semasa melawat ruang pameran Hari Kraf Kebangsaan 2017 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Industri kraf mencatatkan nilai jualan sebanyak RM508.3 juta bagi tahun 2016 iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding tahun 2015 yang mencatatkan nilai jualan sebanyak RM505.4 juta.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, angka tersebut melepasi sasaran yang ditetapkan oleh kementeriannya sebanyak RM500 juta.

“Walaupun industri menunjukkan peningkatan, usaha melestarikannya perlu dipergiat terutama apabila kita perlu berdepan dengan kea­daan ketidaktentuan pasaran kewa­ngan.

“Usahawan kraf juga digesa mempelbagaikan produk berbentuk hiliran dengan meletakkan harga mampu milik serta mengoptimumkan pengeluaran secara efisien ke­rana ini akan mempercepatkan pusingan produk dalam pasaran,” katanya selepas Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2017 di sini hari ini.

Tambah Mohamed Nazri, fokus penghasilan produk kraf juga perlu diperluaskan dan disasarkan kepada pelancong asing dengan memperkenalkan produk ikonik negara bagi meme­nuhi permintaan mereka.

“Seramai 31.8 juta orang pelancong asing dijangka melawat Malaysia dan mereka pasti akan berbelanja untuk produk kraf sebagai tanda ingatan, jadi ke­sempatan ini harus digunakan.

“Kraftangan Malaysia juga secara agresif mempergiatkan program pemasaran menggunakan prinsip digital sebagai kaedah pemasaran, ruang dan platform baharu bagi memastikan produk-produk ini boleh menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

Bercakap mengenai HKK 2017, Mohamed Nazri berkata, kementerian meletakkan sasaran untuk menjana pendapatan sebanyak RM15 juta dengan kedatangan pengunjung seramai 50,000 orang.

“Buat julung kalinya, HKK ke-15 ini mengetengahkan paduan kerjasama strategik dari negeri Perak dan Terengganu bagi mempromosikan produk kraf masing-masing.

“Tema ‘Kraf Menjana Ekonomi’ dengan konsep ‘seni natif’ sangat bertepatan dengan perkembangan ekonomi negara iaitu penghasilan produk kraf secara komersial dapat menjana pendapatan dan menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain