Presiden C.I.S Network Sdn. Bhd., Datuk Vincent Lim berkata, tahun ini juga pihaknya menyasarkan seramai 120,000 pengunjung hadir ke pameran yang bermula hari ini sehingga 22 Oktober. 

"Kami telah melakukan tinjauan pasaran dan mendapati tahun ini pasaran akan kembali stabil dan ini seterusnya akan memacu industri rekaan dalaman," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan pameran Homedec di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Presiden Institut Rekaan Dalaman Malaysia,  Chris Yap. -UTUSAN ONLINE.