Setelah menikmatinya, Mohd. Yasin mendapat idea supaya makanan itu dikomersialkan untuk dijual kepada pelanggan.

Bermula saat itu, pasangan suami isteri tersebut membuka perniagaan membuat pastri menerusi syarikat Yaseida Enterprise dengan jenama Mamy’s Cream Puff.

Menurut Mohd. Yasin, dia dan isteri memulakan perniagaan itu dengan menjualnya kepada jiran dan saudara-mara.

Tambahnya, sambutan yang diterima amat menggalakkan menyebabkan dia mengorak langkah untuk memasarkan produk itu lebih jauh.

“Segalanya bermula apabila kami membuat pastri dan cream puff di bawah jenama Mamy’s Cream Puff di stor rumah pada 2010 dengan modal duit simpanan RM3,000.

“Selepas tiga bulan beroperasi, kami bercadang membuka kiosk di sebuah pasar raya di Simpang Ampat, Seberang Perai, Pulau Pinang sebagai percubaan untuk dijual secara komersial,” katanya.

Menurutnya, selama enam bulan membuka kiosk di situ, sambutan diterima kurang menggalakkan.

Bagi Mohd. Yasin, itu bukan bermakna dia gagal sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus mendalami ilmu perniagaan.

Katanya, dia kembali beroperasi di rumah sambil mengikuti kursus teknik pemasaran bagi mengetahui bagaimana cara sesuai untuk berjaya dalam perniagaan.

Selain itu, isterinya turut mengikuti kelas membuat pastri dan kek bagi menambah ilmu dalam bidang tersebut.

“Sambil mengikuti kursus tersebut, saya dan isteri cuba memasarkan produk melalui laman sosial Facebook, Instagram dan Mudah.my, selain mengiklankannya di sekitar Pulau Pinang.

“Maklum balas yang diterima daripada laman sosial begitu menggalakkan, membuatkan kami tidak menang tangan memenuhi tempahan pelanggan,” katanya.

Mohd. Yasin yang bertugas sebagai pegawai teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat di Pulau Pinang menjadikan perniagaan itu sebagai kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.

Katanya, pengalaman 
dalam bidang IT membolehkan dia memanfaatkan ilmu yang 
ada untuk mengembangkan 
lagi perniagaan di laman sosial.

Dengan sambutan yang menggalakkan katanya, dia menerima tempahan cream puff sebanyak 2,000 biji dalam tempoh seminggu.

“Permintaan menggalakkan ini mendorong saya dan isteri membuka sebuah premis di 
industri kecil dan sederhana (IKS) Perda, Simpang Ampat bagi menyiapkan tempahan 
dalam kuantiti yang lebih banyak,” ujarnya.

Kini, produk keluaran Yaseida Enterpise bukan sahaja cream puff, malah cheese tart dan brownies turut dijual.

Katanya, dia juga menjual produk tersebut di sekitar Seberang Perai, Sungai Petani dan bahagian pulau.

Tambahnya, produk pencuci mulut itu cukup terkenal dalam majlis keraian dan perkahwinan di utara tanah air.

Mohd. Yasin berkata, dia 
tidak mudah berputus asa 
untuk terus mencuba dan kini mencari agensi kerajaan yang boleh membimbingnya 
untuk mengembangkan lagi perniagaan tersebut pada masa akan datang.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk Mumy’s Cream Puff boleh layari laman Facebook/mamyscreampuff dan Instagram mamyscreampuff.