Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Faziela belajar daripada kegagalan

FAZIELA RIDUAN bersama losen Gellutt Aroma yang dijual dalam talian/ –utusan /MOHD NAJIB MOHD NOR
FAZIELA RIDUAN bersama losen Gellutt Aroma yang dijual dalam talian/ –Utusan /MOHD NAJIB MOHD NOR

KEGAGALAN menjalankan pusat dandanan rambut bukan penghalang bagi seorang usahawan muda untuk terus melangkah dalam dunia perniagaan kerana itu sahaja cara yang mampu mengubah kehidupan.

Menganggap pengalaman itu sebagai batu loncatan untuk Faziela Riduan, 27, meneruskan perniagaan Losen Gellutt Aroma melalui Warisan Edi Harun sejak tahun lalu.

“Saya bermula dengan dropship, daripada situ terus berminat menjadi ejen dengan bermodalkan RM300 sahaja.

“Malah, saya ambil peluang belajar selok-belok perniagaan dalam talian daripada mereka berpengalaman kerana ingin mencari ilmu tentang cara bagaimana mendapatkan jualan yang tinggi.

“Namun, saya menganggap itu sebagai cabaran menjalankan perniagaan dan lebih menarik produk itu mula diterima pelbagai lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini.

Bercerita tentang kisah Faziela yang bermodalkan RM300 sahaja, kini dia sudah mampu meningkatkan jualan produk dari 1,200 hingga 2,000 botol sebulan.

“Bayangkan sebelum ini saya pernah menjalankan perniagaan pusat dandanan rambut di Kuala Selangor tetapi tidak berjaya.

“Jadi, saya mencuba perniagaan ini sehingga mampu menjana pendapatan lumayan.

“Melalui perniagaan tersebut saya mampu memperoleh keuntungan 50 peratus daripada modal yang dikeluarkan. Lama-kelamaan mula mencari ejen dan kini mempunyai lebih 50 ejen di bawah saya selain membantu golongan yang berminat bidang perniagaan dalam talian,” katanya.

Jelas Faziela, Losen Gellutt Aroma yang telah terjual sebanyak 20,000 botol itu menyasarkan golongan warga emas dan ahli sukan yang mudah sering sakit di beberapa anggota badan.

Katanya, walaupun terdapat banyak persaingan namun, dia menganggap perkara itu satu lumrah dalam menjalankan perniagaan tersebut secara sepenuh masa.

“Sepanjang menjalankan perniagaan losen yang sudah mempunyai 100 testimoni pelanggan itu memang ada wujud persaingan, namun, produk ini membantu untuk keselesaan dan kesegaran badan.

“Produk itu hanya menggunakan bahan semula jadi dan juga warisan turun temurun. Bahan utamanya seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan pati gamat, pudina, jerangau, halia bara dan eucalyptus. Malah produk tersebut juga merupakan salah satu produk desa,” katanya.

Losen Gellutt Aroma yang mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan dijual dalam botol bersaiz 80 milimeter pada harga RM60 (harga promosi) sebotol.

Bagi mereka yang berminat mendapatkan produk itu boleh menghubungi Faziela di talian (017-3678826) dan Ain (017-6615464), laman sosial Facebook/Gellutt Aroma atau layari laman web, www.gelluttaroma.com.my.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain