Dengan kemahiran dan pengalaman dalam bidang itu, memberi kelebihan kepadanya bagi meneliti serta menilai keberkesanan sesuatu produk pertanian.

Namun, dalam tempoh tersebut, dia belum lagi menemukan baja yang benar-benar berkualiti dan memberikan hasil yang optimum.

Sehinggalah beberapa tahun lalu, dia diperkenalkan dengan jenama Baja Nadi Bio Kimia, keluaran sebuah syarikat bumiputera.

Setelah melakukan eksperimen ke atas tanamannya menggunakan baja tersebut, ternyata hasilnya sangat menakjubkan.

Malah, banyak testimoni positif diterima daripada pelanggan yang turut menggunakan baja berkenaan.

“Formula Baja Nadi Bio Kimia ini bersifat tidak ‘memaksa’ pokok dan tidak menjadikan pokok tertekan.

“Konsep baja yang digunakan mengembalikan pokok kepada fitrahnya selaras kehendak Sang Pencipta yang jarang difikirkan oleh agromis yang membuat kajian tentang pembajaan,” katanya ketika ditemui S2.

Sepanjang memasarkan produk tersebut secara langsung dan secara dalam talian menerusi laman Facebook Baja Nadi Bio Kimia, pihaknya sehingga kini berjaya menjual 6,000 beg dalam tempoh empat bulan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM360,000.

Menurutnya, penggunaan laman sosial terutama Facebook banyak membantu memperkenalkan produk, pemasaran dan jualan.

“Sejak mengiklankan produk tersebut di Facebook, saya menerima banyak tempahan dan tak sangka pula, dalam tempoh empat bulan sahaja, saya dapat jual baja dengan nilai ratusan ribu ringgit,” katanya.

Jika sebelum ini, pemilik syarikat Junjung Fertilizer Sdn. Bhd., dan Junjung Input Tani merupakan pengedar produk tersebut, kini dia melangkah lebih jauh menjadi pengeluar Baja Nadi Bio Kimia di kawasan utara Semenanjung Malaysia, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Perkara itu direalisasikan setelah termeterainya perjanjian jual beli formula Baja Nadi Bio Kimia di antara Junjung Fertilizer Sdn. Bhd., dan syarikat bumiputera tersebut yang diadakan baru-baru ini.

Perjanjian itu memeterai penggunaan jenama Baja Nadi Bio Kimia selama dua tahun. Selepas itu, syarikat akan mengeluarkan baja atas jenama Junjung yang akan mengekalkan formula asli Baja Nadi Bio Kimia.

Menurutnya, Baja Nadi Bio Kimia mempunyai banyak kelebihan berbanding baja lain yang terdapat di pasaran.

“Ini dapat dilihat berdasarkan hasil eksperimen menggunakan pelbagai jenis baja. Dalam menilai perbandingan tersebut, saya menggunakan sampel Baja Nadi Bio Kimia dan beberapa jenama lain yang popular di pasaran.

“Hasilnya, Baja Nadi Bio Kimia lebih berkualiti berbanding dengan baja lain,” katanya.

Tambahnya, Baja Nadi Bio Kimia bukan sahaja dapat mengeluarkan akar premier yang baharu dan membunuh ganoderma dalam masa 14 hari, bahkan mampu bertahan lama dan tidak hilang meskipun terendam di dalam air.

“Pokok juga tidak terjejas atau rosak sekiranya banjir. Memang menakjubkan, hasil pengeluaran tanaman lebih banyak diperoleh iaitu melebihi dua tan sebulan bagi setiap 0.404 hektar,” jelasnya.

Jumlah itu dua kali ganda lebih tinggi berbanding pengeluaran tanaman yang diperoleh menggunakan baja jenama lain.

“Harga bagi berat satu beg 25 kilogram hanya RM60. Kalau tanah seluas 0.404 hektar (satu ekar), biasanya menggunakan lima beg sahaja. Selain itu, kesan perubahan ketara juga dapat dilihat dari segi saiz tandan dan biji sawit yang lebih besar dan pokok juga kelihatan sangat subur,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Suhir mempelawa sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi stokis atau pengedar baja tersebut agar menyertai program syarikatnya.

Selain meraih keuntungan tinggi, pengedar dan stokis amat mudah menjualnya kerana baja itu sedang hangat diperkatakan terutama dalam kalangan pekebun kecil.

“Setiap stokis yang dilantik akan diberi antara satu dan dua daerah di bawah kelolaan mereka,” jelasnya.

Mereka yang berminat untuk menjadi stokis atau pengedar sah baja keluaran Junjung Fertilizer Sdn. Bhd., boleh berhubung terus dengan wakil syarikat di talian 011-16448511 atau 013-8449507 atas konsep siapa cepat dia dapat.