Buktinya, dia bukan sahaja menghasilkan Embun Faiqa (EF) Serum Foundation yang digunakan untuk tujuan kecantikan, malah mempunyai fungsi kebaikan pada kulit.

Menyedari dilema segelintir wanita yang ragu menggunakan produk kosmetik disebabkan masalah kulit dan dalam masa yang sama mementingkan penampilan wajah yang cantik, Nur Farhana melakukan pelbagai kajian bagi mencari jalan penyelesaian masalah tersebut.

Hasilnya, dia menemukan formula yang bukan sahaja membantu mencantikkan tekstur kulit wajah, malah menambah baik penampilan keseluruhan kulit muka.

Menurutnya, keistimewaan produk itu menggunakan bahan teknologi Geno White yang turut diformulakan bersama Argan Oil, Bee Venom, Vitamin C, Vitamin E dan Mulbery.

“Gabungan bahan semula jadi dan teknologi terkini itu merupakan satu-satunya di Malaysia yang diformulakan untuk mencantikkan dan memulihkan masalah kulit berasaskan teknologi terkini yang kaya dengan vitamin, mineral dan lemak bermanfaat untuk kecantikan kulit.

“Mempunyai fungsi dua dalam satu, produk ini bukan sahaja dihasilkan untuk membuatkan wajah kelihatan cantik, malah mampu mengatasi masalah jerawat, jeragat dan kesan parut.

“EF Serum Foundation turut berfungsi menghapuskan masalah kulit berminyak, membuang sel kulit mati akibat sinar UV (ultraviolet), mengurangkan kedutan dan garis-garis halus, di samping melembap dan menganjalkan kulit,” katanya.

Selain itu, kandungan SPF35 di dalam produk itu juga membantu memberi perlindungan pada wajah daripada bahaya sinaran matahari yang menjadi punca kerosakan kulit.

“Penggunaan secara konsisten mampu menjadikan kulit bertambah halus dan licin. Kelebihan produk ini juga bukan sahaja meresap dengan cepat, sepantas seminit, malah mampu bertahan selama 12 jam.

“Pengguna tidak perlu khuatir kerana serum ini tidak akan membuatkan kulit wajah kelihatan bercapuk-capuk atau bertompok, bahkan membantu menutup cela di wajah .

“Teksturnya yang ringan dan lembut memudahkan pengguna membersihkan wajah ketika hendak solat,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, idea menggabungkan serum dan foundation itu tercetus apabila terdapat permintaan pelanggan yang mahukan kedua-duanya digunakan sekali bagi memudahkan mereka bersolek.

“Sebelum ini, kami hanya menghasilkan serum sahaja. Namun, lama-kelamaan terdapat permintaan daripada pelanggan supaya kami menggabungkannya memandangkan mereka juga menggunakan foundation selepas memakai serum yang dibeli daripada kami.

“Justeru, selepas melakukan penelitian dan kajian, akhirnya kami berjaya mengetengahkan produk yang bukan sahaja menggunakan bahan semula jadi, malah turut mengaplikasi bahan teknologi terkini,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Farhana berkata, pihaknya kini mengadakan promosi jualan istimewa sempena bulan Ramadan.

“Pengguna boleh mendapatkan EF Serum Foundation pada harga RM90 seunit berbanding harga asal RM109 pada bulan biasa. Promosi akan dijalankan sehingga Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.

Menyasarkan jualan 10,000 unit sebulan, pihaknya giat melakukan promosi dan pengiklanan melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Kami turut mempromosikan produk menggunakan medium surat khabar sebagai usaha untuk meluaskan ruang lingkup promosi.

“Harapan kami untuk produk ini agar mampu memenuhi cita rasa dan impian setiap pengguna yang bukan sahaja mengimpikan kulit wajah yang cantik dan bersinar, bahkan mengutamakan kesihatan kulit wajah,” katanya.

Memandangkan terdapat banyak maklum balas yang bukan sahaja daripada pengguna yang sukakan teksturnya, malah juru solek turut memberikan reaksi positif terhadap produknya, Nur Farhana berharap EF Serum Foundation dapat melangkah lebih jauh dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

“Kami memandang berat soal kualiti keseluruhan produk. Bermula daripada kandungan bahan sehinggalah pembungkusan dan botol yang dihasilkan setanding dengan produk antarabangsa yang lain,” katanya.

Info