Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Edar 1,000 baju T percuma sempena KL2017

KUALA TERENGGANU 16 Ogos – Jabatan Pelancongan negeri mengedarkan 1,000 helai baju-T secara percuma kepada orang ramai bagi turut sama menye­marakkan suasana sambutan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung.

Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, langkah itu juga sekali gus bgi mempromosikan negeri ini sebagai lokasi penganjuran sukan SEA 2017 (KL2017) bagi acara en­durance, salah satu sukan ekuestrian yang akan berlangsung di Merang Setiu pada 20 Ogos ini.

Katanya, sebahagian daripada baju tersebut sudah diagihkan bermula semalam di kawasan-kawasan tumpuan orang awam di sekitar bandar raya ini.

“Tujuannya ialah bagi sama-sama mempromosikan temasya sukan terbesar itu selain sektor pelancongan negeri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pancuran air Bermuzik sempena Festival Peranakan Terengganu 2017 di Kampung Cina, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu (TCCCI), Datuk Low Wan Cheong.

Tun Ahmad Faisal memberi­tahu, sejajar dengan pemilihan Merang sebagai lokasi pertan­dingan, pihaknya turut me­ngadakan Karnival MySetiu untuk mempromosikan daerah tersebut.

“Bermula 16 Ogos akan dijalankan Karnival Setiu bagi mengetengahkan produk-pro­duk di daerah itu termasuk Taman Bencah Setiu yang unik dimana satu-satunya kawasan di Malaysia yang mempunyai lapan komponen ekologi.

“Setiu juga mempunyai pantai menarik seperti Pantai Penarik dan Pantai Rhu 10. Jadi kita cuba ambil peluang untuk memasarkan Terengganu dan daerah Setiu kepada atlet, pegawai serta peminat dan pengunjung acara KL2017,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain