Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DPMMS anjur SEBA 2016 iktiraf sumbangan usahawan tempatan

MOHD. FADZLI MUSTAFA (empat dari kiri) dan SM Zulkifli SM Amin (kiri) bersama barisan kepimpinan DPM
MOHD. FADZLI MUSTAFA (empat dari kiri) dan SM Zulkifli SM Amin (kiri) bersama barisan kepimpinan DPMM Selangor pada sidang akhbar mengumumkan penganjuran SEBA 2016 di Shah Alam, Rabu lalu. – UTUSAN/ SAHARUDDIN ABDULLAH

DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) akan menganjurkan majlis penyampaian anugerah Kecemerlangan Perniagaan Selangor 2016 (SEBA 2016) edisi ketiga yang bakal berlangsung di Pusat konvensyen Shah Alam (SACC) pada 2 November ini.

Yang Dipertua DPMMS, Mohd. Fadzly Mustafa berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan antara inisiatif khas yang dirangka oleh DPPMS dalam mengiktiraf peranan serta sumbangan syarikat-syarikat usahawan tempatan yang memainkan peranan besar memacu pertumbuhan ekonomi negara khususnya di Selangor termasuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

“SEBA 2016 akan menampilkan 40 kategori anugerah yang melibatkan pelbagai sektor industri. Pada masa sama, aspek kepimpinan dan tanggungjawab sosial korpoerat juga turut diambil kira dalam pemilihan anugerah itu,” katanya kepada pemberita pada majlis sidang akhbar SEBA 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Rabu lalu.

Tambah Mohd. Fadzly, SEBA 2016 juga merupakan antara platform yang mana ia bukan sekadar satu pengiktirafan kepada pencapaian para usahwan tempatan sebaliknya ia menjadi pemangkin serta peluang kepada mereka untuk mewujudkan jaringan perniagaan yang lebih luas.

Daripada 40 kategori itu katanya, majlis anugerah itu akan terdiri daripada dua kumpulan utama iaitu Masterclass Award dan Business Leadership Award manakala penyertaan dibuka kepada semua usahawan sehingga tarikh tutup ditetapkan pada 21 Oktober ini.

“Kita mengalu-alukan kepada seeluruh usahawan tempatan sama ada kecil atau besar skala perniagaan mereka dalam SEBA 2016 ini tidak mengira kaum. Ini kerana para usahawan tempatan bersama-sama menjadi penggerak kepada kemajuan ekonomi negara,” ujarnya yang turut menyatakan maklumat lanjut SEBA 2016 boleh diperoleh menerusi laman web www. selangorexcellencebusinessaward. com.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk SM Zulkifli SM Amin dalam majlis itu menyifatkan usaha DPPMS itu merupakan satu langkah positif yang mengiktiraf pencapaian dan peranan para usahawan tempatan dalam pembangunan ekonomi negara.

Katanya, sebagai persatuan yang mewakili sektor perniagaan autimotif tempatan, pihaknya mengalu-alukan usaha yang dimainkan oleh DPPMS itu sebagai sebuah organisasi yang mewakili para usahawan khususnya orang Melayu di Selangor.

“Dalam cabaran ekonomi semasa ini, kita berhadapan dengan pelbagai persaingan global termasuk pelaksanaan dasar pasaran terbuka seperti Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA) yang mungkin akan dilaksanakan pada masa depan.

“Maka penglibatan syarikat-syarikat usahawan tempatan dalam organiasi seperti DPMMS ini adalah langkah yang baik dalam menyatakan pandangan selain mengekalkan daya saing,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain