Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Disiplin asas penting usahawan bumiputera

PUTRAJAYA 11 April - Usahawan-usahawan bumiputera perlu memiliki asas disiplin yang tinggi untuk memastikan perniagaan yang dijalankan sentiasa berdaya saing dan maju.

Johari Abdul Ghani

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tidak kira banyak mana kerajaan membantu, kejayaan tidak akan dicapai sekiranya para usahawan tidak memiliki keseda­ran untuk pengurusan perniagaan yang cekap.

“Sekiranya mereka mempu­nyai produk yang bagus sekalipun tetapi tiada kemahiran dalam pengurusan kewangan, mereka akan menghadapi masalah terutamanya dalam berhadapan de­ngan pembekal.

“Mereka juga perlu bijak me­ngasingkan duit untuk perniagaan dan kegunaan peribadi, sekiranya perkara ini disalah urus, ia akan memberi kesan besar dalam perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat Makmal Sindikasi Hala Tuju Ekonomi Bumiputera (BETR) di sini semalam.

Menurut Johari, beliau memuji inisiatif yang diambil Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dalam mewujudkan makmal-makmal yang dapat menjana idea untuk memperkasakan lagi agenda ekonomi bumiputera.

“Maklum balas yang dikumpulkan daripada pelbagai pihak berkepentingan menerusi makmal-makmal ini akan membolehkan Teraju merumuskan dasar-dasar baharu yang diperlukan untuk agenda ekonomi bumiputera dalam tempoh 30 hingga 40 tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, Johari menyeru usahawan-usahawan bumiputera untuk tidak melepaskan peluang daripada platform internet dan digital bagi memasarkan produk-produk mereka ke peringkat glo­bal.

“Platform ini tidak memerlukan kos yang tinggi, sekiranya bijak digunakan produk kita boleh dipasarkan ke luar negara tanpa memerlukan kehadiran di sesebuah negara itu,” katanya.

Jelas Johari, dengan jumlah usa­hawan bumiputera yang menggunakan platform internet semakin berkembang dari hari ke hari, para usahawan terbabit dinasihatkan agar tidak menga­baikan aspek kualiti produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain