Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh tersebut, sambal hitam dari Pahang merupakan produk tempatan yang paling banyak mendapat sambutan da­ripada pembeli di seluruh negara yang menggunakan platform e-dagang itu.

Katanya, platform yang diba­ngunkan sejak 11 Mei lalu itu telah disertai seramai 150 usahawan desa dari seluruh negara yang mahu mengembangkan perniagaan dan memasarkan produk masing-masing ke pasaran yang lebih luas.

“Kita menyasarkan 1,000 usahawan desa dan luar bandar mendaftar serta menggunakan platform [email protected] sehingga hujung tahun depan kerana percaya ia merupakan perniagaan masa hadapan selain mampu membantu mereka menjana keuntungan 30 peratus lebih tinggi.

“Kerajaan juga yakin perniagaan dalam talian mempunyai potensi yang cukup besar apabila telah berjaya menjana keuntungan sehingga RM24.6 bilion dalam tempoh 2010 hingga suku pertama tahun ini manakala jumlah pe­langgan digital di Malaysia pula kini mencecah seramai 16 juta orang manakala 87 juta orang di negara-negara ASEAN.

“Buat masa ini, sebanyak 65 peratus usahawan desa yang menghasilkan produk makanan dan minuman paling banyak menggunakan [email protected], diikuti produk kesihatan serta kecantikan, pakaian, perhiasan dan aksesori serta kraftangan. Jadi kita mahu usahawan desa lebih kreatif dalam mempelbagaikan produk jualan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian dengan Celcom Axiata Berhad dan 11street di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Pegawai Operasi 11street, Chuljin Yoon.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, syarikat 11street tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran kepada usahawan desa yang berhasrat menggunakan platform [email protected] itu sebaliknya hanya mengambil komisen antara lima hingga tujuh peratus bagi setiap jualan sebagai caj perkhidmatan.

Katanya, kadar tersebut adalah berpatutan kerana syarikat portal beli belah dalam talian itu akan membantu melaksanakan pelbagai promosi untuk setiap produk dan barangan usahawan desa.

[email protected] ini juga membantu mengurangkan kos usahawan desa kerana mereka tidak perlu mengambil pekerja yang ramai dan menyewa kedai seperti perniagaan konvensional lain.

“Oleh itu, usahawan desa digesa supaya merebut peluang ini dan tidak ketinggalan dalam meluaskan perniagaan masing-masing kerana kerajaan percaya produk tempatan juga mempunyai potensi yang cukup besar untuk berjaya di peringkat antarabangsa,” katanya.