Namun pengasas Yushh Perfume itu yakin keistimewaan, keharuman serta keunikan jenama minyak wangi keluarannya mampu menawan hati dan memenuhi cita rasa pelanggan yang inginkan barangan berkualiti pada harga berpatutan.

Keyakinan Noryushidayu yang lebih mesra disapa Ayu ada asasnya apabila minyak wanginya terjual sehingga 1,000 botol sebulan dan permintaan tersebut tidak terhad di negeri ini sahaja, sebaliknya datang dari seluruh negara.

“Rata-rata pelanggan yang membeli minyak wangi ini memberi respons yang cukup positif. Selepas menggunakannya, mereka kembali mengulangi pesanan.

“Bukan mudah untuk meyakinkan pengguna bagi membeli sesuatu produk tetapi Yushh Perfume berjaya memikat hati mereka,” kata anak jati Kota Bharu itu ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Ayu berkata, produk yang dijualnya berkualiti tinggi, setanding dengan minyak wangi jenama antarabangsa.

Katanya, harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu RM59 sebotol dan lebih istimewa apabila harumannya mampu bertahan antara 12 sehingga 16 jam.

“Pelanggan dijamin menikmati keharuman sepanjang hari dan mereka tidak perlu meragui kesegarannya kerana kawalan kualiti sentiasa diteliti dengan begitu rapi,” katanya.

Tambah anak kelima daripada enam beradik itu, Yushh Perfume menampilkan 20 pilihan minyak wangi kepada pelanggannya yang disadur daripada jenama terkenal.

Jelas Ayu, dia menggunakan pengiklanan melalui laman sosial Facebook untuk mempromosikan minyak wangi itu kepada orang ramai.

Katanya, pada masa ini, urusan perniagaan yang dijalankan secara sepenuh masa itu hanya dilakukan di rumah dan dalam masa sama, dia merancang mencari sebuah kedai.

Selain itu, katanya, dia juga menggunakan perkhidmatan ejen atau dropship bagi membantu menampung permintaan yang semakin meningkat.

“Setakat ini, saya mempunyai kira-kira 70 ejen atau dropship. Selain membantu memasarkan jenama Yushh Perfume, mereka juga boleh menambah pendapatan masing-masing. Saya juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ejen,” katanya.

Kata Ayu lagi, dia berhasrat mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat antarabangsa, khususnya di Asia Tenggara, selain ingin melihat Yushh Perfume menjadi jenama terkenal suatu hari nanti.

Sementara itu, pelanggan boleh membuat tempahan atau pembelian di laman sosial Facebook Yushh atau aplikasi WhatsApp 013-6013208. Mereka yang berminat menjadi ejen atau dropship jenama tersebut boleh menghubungi nombor sama.