Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DanaNita peruntukan 
RM35j galak wanita berniaga

KUALA LUMPUR 9 Mac – Mara memperuntukkan sejumlah RM35 juta menerusi program pembangunan usahawan ‘Dana­Nita’ bagi menggalakkan pengli­batan wanita dengan lebih ag­resif dalam bidang perniagaan.

Menteri Kemajuan Luar Ban­dar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, DanaNita yang dilancarkan hari ini bertujuan melahirkan usahawan wanita yang baharu sebagai pelapis kepada kepimpinan masa depan serta membantu usahawan yang sedia ada agar menjadikan golongan itu lebih berdaya saing.

“Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk memfokuskan latihan dan bimbingan kepada usahawan wanita baharu terlibat dalam dunia usahawan yang memerlukan motivasi dan pelan perniagaan manakala baki sebanyak RM30 juta lagi akan digunakan untuk pembiayaan khas bagi tujuan memperkasakan 1,250 usahawan wanita.

“Skim ini memberi fokus kepada usahawan berusia antara 18 hingga 60 tahun dengan me­libatkan had pembiayaan seba­nyak RM50,000 berkonsepkan pembiayaan patuh syariah,” ka­tanya selepas melancarkan Skim Pembiayaan Khas Wanita (DanaNita), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Pengerusi Sementara Mara, Datuk Dr. Yusof Yacob dan juga Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad.

Menurut Ismail, untuk pe­ringkat permulaan, kementerian menyasarkan sejumlah 5,000 usahawan mendapat latihan dan bimbingan dengan Mara sendiri memberikan latihan ke arah pembentukan usahawan, motivasi serta pelan perniagaan bagi mereka yang baharu berta­tih dalam bidang tersebut.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain