Mendekati individu tersebut, Noorsaliza Saad atau lebih mesra disapa Kak Manja memulakan butir bicara dan berkongsi pengalamannya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Sejak usia remaja, saya seorang yang mementingkan penjagaan diri dan kesihatan, selain tidak ragu-ragu mencuba pelbagai produk kesihatan yang berada di pasaran bagi membantu meningkatkan imunisasi badan.

“Justeru setelah bertahun-tahun mengamalkan pelbagai produk kesihatan, saya mula menceburkan diri dalam industri perniagaan langsung sebagai jurucakap pelbagai produk kesihatan kerana mempercayai produk yang berkualiti mampu memberi kesan positif kepada pengguna,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pengalaman yang diraih selama 20 tahun itu membuatkan dia berazam untuk mengeluarkan produk kesihatan sendiri khusus untuk membantu pengguna meningkatkan ketahanan serta kesihatan badan.

Hasil usaha dan komitmen berterusan, dia berjaya menghasilkan jus Warisan ManjaSuri keluaran Koleksi D’Marhain yang dihasilkan untuk membantu semua lapisan masyarakat dalam penjagaan kesihatan dalaman dan kecantikan luaran.

Menurutnya, produk tersebut mengandungi kombinasi bahan-bahan terbaik dengan gabungan rempah ratus tradisional serta buah-buahan terpilih yang berkesan dalam memberi penampilan menarik kepada pengguna.

Katanya, antara bahan yang turut terkandung dalam jus kesihatan tersebut adalah habatus sauda, kurma, madu, saffran, manjakani, kacip fatimah, akar 44, gum arab serta delima dan air sireh.

“Selain mengandungi pelbagai campuran sunnah, ia turut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan dalam kategori makanan tambahan di samping mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Walaupun produk ini baru dua tahun dalam pasaran, permintaan terhadapnya amat memberangsangkan kerana harganya mampu milik oleh semua lapisan masyarakat, selain terbukti dapat membantu wanita meningkatkan tahap kesihatan,” katanya.

Menerima sokongan daripada suami, Hanim Razak Syariff serta empat cahaya mata antaranya doktor perubatan, Noorsaliza memulakan perniagaan secara dalam talian bagi meraih kepercayaan pengguna.

Mengulas lanjut katanya, jus kesihatan tersebut mampu membantu mengatasi masalah kitaran haid, keputihan, selain membekalkan tenaga terutama kepada mereka yang aktif melakukan aktiviti lasak.

“Jus ManjaSuri merupakan produk sulung yang diformulasikan oleh saya. Bahan-bahan yang digunakan adalah asli dan tiada sebarang campuran yang tidak dibenarkan.

“Selain harganya mampu milik, produk ini diyakini pengguna dan setakat ini tiada sebarang komen atau maklum balas negatif diterima oleh pihak kami,” katanya.

Jus kesihatan tersebut dijual pada harga RM79 bagi Semenanjung dan RM89 di Sabah dan Sarawak dengan isi kandungan 510 mililiter (ml).

Dalam pada itu, pihaknya turut membuka peluang kepada orang ramai yang mahu menjadi stokis dan ejen di seluruh negara sebagai usaha menguasai capaian pasaran yang lebih luas.

Bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan jus ManjaSuri, boleh melayari laman sosial Facebook : Kak ManjaSuri atau Instagram : @warisan_manjasuri. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian 019-2226603 atau 018-3554603.