Ini termasuklah mengatur pelan sokongan dalam aspek pemasaran, selain mampu menjual produk yang dihasilkan.

Bagi mentor dunia perniagaan online yang juga pengasas produk kecantikan kulit Ailin Skincare, Azlina Hashin, sokongan sedemikian dapat memastikan perniagaan dan produk dipasarkan secara lebih meluas.

“Membuat kerja seorang diri memang penat, tambahan lagi dalam dunia perniagaan online.

“Oleh kerana itu, kita harus mencari sokongan yang boleh membantu kita mengembangkan perniagaan dengan lebih efisien.

“Bagi yang ada produk sendiri, cari agen dan stokis. Ini dapat membantu mereka memasarkan produk dan mencapai pelanggan sasaran dengan lebih meluas,” katanya kepada S2 baru-baru ini.

Katanya yang kini sedang rancak membimbing usahawan tempatan menjalankan perniagaan online menerusi program Terus Rempuh di bawah syarikatnya, ramai individu yang memulakan perniagaan mudah lemah semangat dan putus asa setelah perniagaan yang dibuat tidak menjadi.

“Ini kerana mereka tiada sokongan, selain ahli keluarga dan rakan-rakan. Tiada rakan sepasukan yang menyuntik semangat mereka setiap hari untuk bangun dan terus mengharungi cabaran dan mengambil peluang yang terbentang,” katanya.

Justeru, program Terus Rempuh mensasarkan golongan usahawan yang begitu terdesak untuk mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan online.

“Ada usahawan yang sebelum ini pernah buka restoran tetapi gagal, pernah buka stesen minyak tetapi tiada sokongan dan banyak lagi. Sebaik sahaja menyertai program ini, mereka lebih bersemangat dan berkeyakinan kerana apa yang dilakukan adalah secara berpasukan,” katanya.

Melalui program itu, Azlina membimbing seramai 40 ketua pasukan yang kemudiannya akan membimbing pula usahawan di bawah mereka melalui tunjuk ajar secara berterusan.

Sasaran produk adalah untuk memasar dan menjual produk keluaran Ailin Skincare terutama yang terbaharu di pasaran, ProWhite.

“Segala panduan dan tunjuk ajar tentang bagaimana mendapatkan pelanggan, berkomunikasi secara efisien dengan mereka dan memastikan sasaran jualan produk tercapai,” akan ditunjukkan sama ada melalui kelas yang dianjur atau melalui aplikasi WhatsApp di telefon pintar.

Lebih penting, Azlina berkata, mereka juga akan diajar teknik ‘membeli jiwa’ pelanggan yang bermaksud mengambil hati pelanggan agar tertarik dengan produk yang ditawarkan.

Begitu juga dengan teknik menjual hanya melalui laman sosial terutama Facebook peribadi tanpa perlu menggunakan FB Ads yang memerlukan bayaran agak tinggi.

“Perkara utama yang akan saya tekankan, berapa ramai kenalan Facebook yang peserta ada. Jika boleh ditambah, teruskan menambah kerana ia penting untuk membina jaringan pemasaran yang lebih berkesan,” katanya.