TAJUDDIN ATAN
TAJUDDIN ATAN 

Pertumbuhan PATAMI itu terutamanya disokong oleh hasil operasi yang lebih tinggi pada RM402.3 juta, meningkat 2.6 peratus daripada tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatan turut meningkat kepada RM421.08 juta daripada RM415.62 juta setahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, inisiatif pertumbuhan mapan Bursa Malaysia terus mempamerkan kemajuan walaupun berdepan cabaran seperti turun naik dan kejatuhan ekuiti pasaran baharu muncul disebabkan persekitaran global yang mencabar.

“Kami berjaya mencapai hasil operasi yang tertinggi dalam tempoh sembilan bulan dan purata nilai dagangan harian (ADV) tertinggi direkodkan bagi dagangan di pasaran (OMT) berjumlah RM2.6 bilion sejak disenaraikan pada 2005.

“Pencapaian ini menjadi bukti komitmen berterusan kami untuk menyampaikan lebih banyak peluang yang menyokong ekosistem pasaran modal yang dinamik dan kondusif untuk semua peserta pasaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi tempoh kewangan sembilan bulan itu, Pasaran Sekuriti mencatatkan pendapatan dagangan RM207.7 juta berbanding RM195 juta tempoh sama tahun lalu, menandakan pertumbuhan 6.5 peratus didorong oleh ADV yang lebih tinggi bagi OMT.