Menerusi perbualan ringkas bersama si ibu, Norizzah diberitahu bahawa mata gadis berkenaan dijangkiti kuman akibat tersilap memilih kanta lekap yang tidak berkualiti.

“Gara-gara ingin kelihatan cantik, mata yang merupakan pancaindera terpenting anugerah Allah berdepan risiko untuk buta.

“Ekoran kejadian dan pertemuan tidak diduga itu, saya terpanggil untuk menjalankan perniagaan kanta lekap bagi memastikan pengguna lain tidak lagi mengalami nasib sama.

“Apa yang penting, saya betul-betul ingin pastikan kanta lekap yang dijual itu berkualiti dan selamat dipakai pengguna dengan tidak sekadar memikirkan keuntungan semata-mata,” katanya ketika memulakan perbualan dengan wartawan S2.

Kata wanita yang berasal dari Kota Bharu itu, sebelum memulakan perniagaan kanta lekap yang diberi jenama Diva Lens, dia telah membuat kajian dengan mengunjungi beberapa buah negara bagi mendapatkan maklumat mengenainya.

Dengan modal permulaan sebanyak RM50,000 ketika itu, Norizzah mula menjalankan perniagaan tersebut dari rumah. Peringkat awal pemasaran adalah secara dalam talian menerusi laman sosial Facebook dan Instagram.

Ujarnya, produk yang dijualnya menampilkan lima pilihan iaitu Ash Grey, Desert Green, Crystal Ice, Latte Brown dan Baby Aqua yang dijual pada harga RM55 sekotak serta sesuai digunakan dalam tempoh tiga bulan.

“Alhamdulilah sepanjang kira-kira setahun menjalankan perniagaan ini, produk tersebut mendapat sambutan yang hebat daripada pengguna seluruh negara dengan kira-kira 300 kotak terjual dalam tempoh sebulan.

“Bukan sahaja si pemakai kelihatan menawan dan mampu menjaga kesihatan mata, malah apa yang lebih penting adalah mereka akan berpuas hati dengan kualiti jenama tersebut,” kata ibu kepada dua anak itu.

Tambahnya, selain menitik beratkan kualiti, produk keluarannya juga mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, Biro Peralatan Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Singapura, selain memperoleh sijil dari Eropah dan disahkan SO 9001.

Lebih istimewa katanya, pengguna boleh menggunakan kanta lekap itu seharian sehingga malam tanpa perlu bimbang akan rosak. Malah produk tersebut juga sesuai untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Dalam pada itu, dia merancang melebarkan perniagaan tersebut ke peringkat antarabangsa khususnya pasaran di Indonesia, Brunei dan negara Asia Tenggara lain.

Selain itu, Norizzah juga mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat menjadi ejen dan mendapatkan produk Diva Lens dengan melayari laman Facebook Diva-lens_hq atau Instagram Diva lens_diva.

Kepada peminat kanta lekap, Diva Lens kini menawarkan promosi istimewa iaitu pengguna yang membeli dua kotak jenama tersebut akan diberikan percuma sekotak. Promosi itu akan berakhir pada 31 Disember ini.