Luqman Adris

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Luqman Adris berkata, platform perniagaan secara online itu mempunyai pasaran yang baik memandangkan corak perniagaan sebegitu kini menjadi trend semasa.

Namun beliau berkata, masih terdapat peniaga yang tidak tahu menggunakan kemudahan internet sepenuhnya untuk berniaga, mendorong syarikat beliau membangunkan platform perniagaan secara dalam talian selain disertakan ilmu-ilmu pemasaran.

“Peniaga-peniaga kecil adalah seperti mereka yang berniaga di pasaran malam atau dari rumah. Kelompok ini yang kami cuba bantu dan menggunakan platrofm Avana.

“Memang betul mereka kebanyakkan sudah mempunyai laman-laman sosial seperti Facebook dan Instagram, tetapi masih ada teknik-teknik perniagaan dan pemasaran yang boleh dikembangkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis kolaborasi antara Avana de­ngan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Peda­-
gang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Dzulkifli Mahmud; Dekan Fakulti Seni, Kom-
puteran dan Industri Kreatif UPSI, Dr. Maizatul Hayati dan artis, Joe Flizzow.

Luqman berkata, sya­rikat juga merancang untuk menerokai pasaran serantau bagi menawarkan platform perniagaan online Avana dengan mengambil kesempatan terhadap demografi golongan muda yang ramai di rantau ini.

Dalam pada itu, Dzulkifli be­kata, perkhidmatan yang ditawarkan Avana itu selari dengan hasrat agensinya untuk melahirkan lebih ramai peniaga online dalam kalangan rakyat.