Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ASEAN-BAC Malaysia anjur ABAM 2016

KUALA LUMPUR 21 April – Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Malaysia (ASEAN-BAC Malaysia) akan menganjurkan Anugerah Perniagaan ASEAN Malaysia (ABAM) ketujuh untuk mengiktiraf perniagaan dan usahawan cemerlang.

Menurut ASEAN-BAC Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi tetamu kehormat pada majlis makan malam gala, 31 Mei ini di sini.

“Individu dan organisasi perniagaan boleh menghantar penyertaan mereka untuk ABAM 2016 secara dalam talian di www.aseanbac.com.my/applyaba2016 sebelum 28 April,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Penyelaras ABAM 2016, Alizea Geminia Zainal berkata, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta dan maklumat terperinci boleh dimuat turun dari pautan berkenaan.

“ABAM 2016 secara keseluruhannya mempunyai 19 anugerah termasuk satu anugerah untuk syarikat antarabangsa yang mewujudkan hab serantaunya di Malaysia serta mencatat kecemerlangan dalam pelbagai sektor ekonomi,” katanya.

ASEAN-BAC dibentuk dan diberi peranan bagi menyediakan maklum balas sektor swasta, mengenal pasti bidang keutamaan untuk pertimbang­an pemimpin ASEAN serta meningkatkan kesedaran dalam merangsang usaha ke arah penyepaduan ekonomi.

Penerima ABAM 2016 juga akan berpeluang bersaing di peringkat rantau dengan individu dan perniagaan terbaik ASEAN semasa Anugerah Perniagaan ASEAN di Laos, pada akhir tahun ini. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain