MD. DAUD CHE NGAH

Pengarah Ekseku­tifnya, Datuk Md. Daud Che Ngah ber­kata, kebanyakan mu­tawif sedia ada terdiri daripada guru agama atau ustaz yang mempunyai pengalaman ketika menunaikan umrah dan haji.

“Kini lebih ramai golongan muda terutama daripada pelajar aliran agama Islam berusia se­awal 20-an yang berminat untuk menjadi mutawif.

“Justeru secara tidak langsung ATTSB mahu menjadikan mutawif sebagai bidang profesional di negara ini seterusnya meluaskan bidang yang boleh diceburi oleh pelajar lulusan agama Islam,” katanya selepas merasmikan majlis Ijtima’ Mutawif Profesional Andalusia Keempat anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan ATTSB, di sini semalam.

Menurut Md. Daud, ATTSB memiliki kira-kira 300 mutawif untuk menguruskan 60,000 jemaah umrah di bawah kelolaan ATTSB setiap tahun.

Dalam pada itu Md. Daud memberi­tahu, ciri-ciri mutawif profesional yang mahu dilahirkan per­­lu mempunyai il­mu mengenai umrah dan haji, berkeu­pa­yaan bertutur da­lam bahasa Arab ser­ta memiliki tahap fizikal yang baik.

Justeru katanya, golongan muda yang mahu menjadi mutawif ATTSB akan dipastikan mempunyai kelayakan sebelum diberi latihan dan sijil membimbing jemaah umrah dan haji dari Malaysia.

“Mutawif ATTSB akan mene­rima elaun sebanyak RM180 sehari sepanjang membawa jemaah dan kebiasaannya mereka akan berada di tanah suci untuk membimbing jemaah selama 14 hari.

“Ada juga di antara mutawif ATTSB yang mampu membawa jemaah umrah beberapa kali dalam tempoh sebulan selain turut berpeluang membawa pelancong tempatan yang berminat mengikuti pakej pelancongan Islamik ke luar negara termasuk Eropah,” katanya.