Namun tidak semua mempunyai pengetahuan dan mampu memulakannya tanpa bantuan orang yang lebih pakar tentang selok-belok pemasaran dalam talian.

Memandangkan faktor tersebut sedikit sebanyak merencatkan individu yang berpotensi untuk berjaya dalam bisnes dalam talian, MyLea Skincare mengambil inisiatif membantu mereka menceburi bidang perniagaan berkenaan.

MyLea Skincare adalah syarikat pengasas produk kosmetik seperti penjagaan kulit dan kecantikan yang fokus kepada perniagaan dalam talian.

“Untuk menceburi perniagaan dalam talian dengan MyLea, syaratnya adalah mesti bekerja dan menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak kami. Menerusi seminar ini, kami akan berkongsi dan memberi ilmu bisnes dalam talian mulai yang paling asas bagi menjana pendapatan.”

Itulah kata-kata pengasasnya, Amylia Farhana Saiful Bahari yang bersedia mengajar sesiapa sahaja berminat menceburi perniagaan tersebut, khususnya untuk memasarkan produk keluaran MyLea Skincare.

Menurut Amylia, pihaknya berjaya melatih kira-kira 500 ejen melalui pelbagai program seminar dan perbincangan kumpulan kecil bagi menentukan strategi pemasaran produk MyLea Skincare secara dalam talian.

“Orientasi bisnes kami memang secara dalam talian. Malah, sebelum mengasaskan MyLea Skincare, saya sendiri sudah tujuh tahun menceburi perniagaan tersebut.

“Saya bina pengalaman dan mencari ilmu dengan memasarkan produk orang lain dahulu yang juga produk kosmetik. Pada 2012, barulah saya keluarkan produk sendiri.

“Namun dalam masa sama, saya masih menjual produk orang lain dan kedua-duanya bergerak seiring sehingga pada 2016. Pada tahun itu, saya fokus sepenuhnya memasarkan produk sendiri,” katanya.

Berbekalkan pengalaman itu, Amylia memasang niat untuk membantu orang lain memulakan perniagaan dalam platform tersebut.

Malah Amylia memberitahu, dia berasa puas jika dapat membantu orang ramai dan lebih manis apabila mereka yang dibantu itu menampakkan potensi dan berjaya meningkatkan pendapatan sendiri.

“Kalau mahu sertai program ejen MyLea Skincare, mereka mesti buat kerja. Selepas setiap seminar atau kursus berakhir, mereka mesti tunjuk peningkatan dalam pemasaran.

“Kita tidak mahu ejen duduk goyang kaki sahaja. Sebab itulah, kami latih mereka supaya bijak menggunakan pelbagai platform dalam internet termasuk media sosial bagi tujuan pemasaran, pengiklanan dan jualan.

“Langkah demi langkah akan diajar. Kalau tak tahu buka Facebook, kita akan tunjukkan cara. Daripada free-cost iklan, sampailah yang berbayar.

“Kemudian cara untuk memastikan pelanggan beli produk MyLea Skincare,” ujarnya.

Rentetan daripada seminar dan kelas yang diadakan untuk ejen MyLea Skincare, salah seorang daripadanya memberikan hasil yang cukup menyentuh jiwa.

Tambah Amylia, terdapat seorang ejen yang hanyalah suri rumah sepenuh masa tetapi tekad membantu suami untuk menambah pendapatan setiap bulan.

“Wanita itu mempunyai tiga anak yang semuanya masih bersekolah. Paling sedih, anak-anak dia tidak pernah menyarung baju sekolah baharu. Semua baju sekolah anak-anaknya hasil sumbangan jiran.

“Sejak dia jadi ejen MyLea Skincare, saya lihat dia sangat komited bekerja. Sampailah satu masa, saya minta dia kongsikan strategi dan pengalaman dalam satu seminar.

“Masa itulah, saya, ketua ejen dan ejen lain tahu selepas beberapa bulan menjual produk MyLea Skincare, dia berjaya menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM400 seminggu.

“Angka itu mungkin nampak kecil, tetapi tahun ini, anak-anak dia sudah dapat pakaian baharu untuk ke sekolah dan buat pertama kali, mereka sekeluarga makan di sebuah restoran makanan segera,” ujarnya.

Justeru itu, Amylia mengajak sesiapa yang ingin menggunakan produk MyLea Skincare atau menjadi ejen melayari laman web www.myleaskin.com.

Info