Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Algaetech kembang 
produk ke pasaran global

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Algaetech International Sdn. Bhd. (Algaetech) merancang mengembangkan produk makanan komersial pertamanya iaitu telur berasaskan mikroalga, Haematococcus Pluvialis atau Astaxanthin ke pasaran Kazakhstan, Mauritius dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) pada tahun ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Isa Syed Alwi berkata, produk telur Astaxanthin di bawah jenama Premia berkenaan turut diper­kenalkan di pasaran tempatan pertengahan bulan ini serta pasaran Indonesia pada April depan.

“Kita bekerjasama dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Yayasan Desa Mas dari Indonesia untuk mula memasarkan telur Astaxanthin ini ke negara tersebut tidak lama lagi, negara-negara lain pula masih dalam perbincangan.

“Sebagai satu-satunya kemudahan Astaxanthin Muslim daripada 11 kilang di seluruh dunia, kita menyasarkan untuk berkembang hingga ke 30 buah negara dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan produk baharu itu di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp.), Datuk Hafsah Hashim.

Astaxanthin ialah antioksida dalam kelompok pigmen semula jadi daripada karotenoid yang lazimnya boleh didapati dalam mikroalga atau fitoplankton. Ia dikatakan mempunyai khasiat kesihatan luar biasa serta berfungsi sebagai antioksida paling kuat.

Menurut Syed Isa, selepas menjalankan analisis makmal dan pembangunan formula sejak berbulan lamanya, telur yang dihasilkan dipenuhi kandungan khasiat tinggi Astaxanthin selepas bahan mentah itu ditambah dalam diet pemakanan ayam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain