Ia sebenarnya salah satu bentuk penipuan (scammer) untuk memperdaya orang ramai yang berminat sesuatu produk supaya membeli menerusi akaun Facebook atau Instagram tersebut.

Masalah sedemikian pernah dihadapi oleh pengusaha produk Baraka dan Jus 7 Benua, Shah Zanuriman. Terdapat beberapa akaun palsu Facebook ditemuinya sendiri, kononnya menjual produk yang dikeluarkannya.

Katanya, lima atau enam akaun palsu pernah ditemui sendiri dan dilapor oleh rakannya. Pemilik akaun palsu itu cuba menggunakan nama produk keluarannya, Baraka 450mg Habatussauda untuk mengaut keuntungan mudah.

“Black Seed Baraka adalah produk yang sudah lama berada di pasaran dan dikenali ramai. Memang tidak dinafikan wujud cubaan menggunakan populariti untuk menjana duit haram.

“Mereka meniru bulat-bulat strategi pemasaran termasuk penulisan label dan pengiklanan, serta gambar. Pihak terbabit memaparkan nombor telefon dan akaun bank berbeza.

“Sejurus selepas menemui akaun palsu, saya melalui peguam terus menghantar surat amaran kepada pemilik akaun terbabit. Malah ada juga yang kita saman kerana mencemar nama baik produk,” katanya ketika ditemubual S2.

Menurutnya, cabaran itu tidak mematahkan semangatnya untuk memasarkan produk baharu, Jus 7 Benua yang dilancarkan sejak dua minggu lalu.

Shah memberitahu, prospek pasaran dalam talian terlalu luas dan menjangkaui sempadan. Justeru, kaedah pemasaran sedemikian tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

“Jus 7 Benua adalah hasil kombinasi ramuan antaranya buah tin, zaitun dan delima yang diperoleh dari negara di tujuh benua berbeza antaranya Mesir, Greece, China dan Tunisia.

“Kombinasi ramuan ini dapat menghasilkan jus minuman yang berkhasiat dan baik untuk mengembalikan tenaga, kecantikan serta memberikan nutrisi tambahan seperti imunisasi dan kesihatan,” jelasnya.

Bagi memasarkan produk tersebut, Shah menambah ia menggunakan teknik ‘hashtag’ dan membuka page Facebook baharu yang dinamakan Jus 7 Benua.

“Kita sudah mempunyai akaun Facebook dan Instagram bagi produk Baraka 450mg Habatussauda. Jadi, dalam akaun tersebut, kita akan gunakan ‘#Jus7Benua’ sebagai permulaan pemasaran.

“Saya bersyukur, meskipun baharu dua minggu dilancarkan, produk ini sudah mula memperoleh ‘likes’ Facebook dan pengikut Instagram lebih daripada 2,000.

“Strategi tersebut diharap dapat memberi keuntungan kepada syarikat antara 40 hingga 50 peratus berbanding produk lain, hanya 30 peratus,” tambahnya.

“Selain itu, kita juga menawarkan perkhidmatan dropship untuk memudahkan produk dipasarkan. Malah menerusi pasaran online, kita berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Brunei dan Singapura,” ujarnya.