Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (gambar) berkata, kerjasama itu turut memberi penyediaan kemudahan pembiayaan kepada koperasi MPB, syarikat yang menguruskan perdagangan dan penyediaan perlindungan takaful yang komprehensif dengan nilai berpatutan.

Menurut beliau, Agrobank sebagai bank yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti pertanian yakin kerjasama itu akan memberi manfaat terhadap usaha memperkasakan pekebun-pekebun kecil lada daripada aspek akses kewangan.

“Agrobank diberi mandat untuk memperkasa industri pertanian negara dan kami yakin bahawa gabungan usaha serta kerjasama strategik dengan MPB dapat me­ningkatkan rangkuman pembiayaan bagi komuniti pertanian.

“Inisiatif ini penting dalam membangun dan memperkasakan industri lada di Malaysia. Selain itu, kedua-dua organisasi juga boleh memberi perhatian kepada perniagaan teras masing-masing,” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Pemangku Tugas Pre­siden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Masaat Awadz dan Ketua Pengarah MPB, Dr. Harry Entabang sambil disaksikan Pemangku Ketua Pegawai Transformasi Agrobank, Mohamad Taufik Mahamad serta Timbalan Ketua Pengarah MPB, Othman Sajili.