Pengasas yang juga Ketua Pegawai Teknologi Neruti, Cheng Ping Onn, Neruti yang merupakan sebuah syarikat startup teknologi maklumat (IT) di Malaysia menghasilkan platform itu dengan sokongan Cradle Fund Sdn. Bhd.

"Neruti Technologies ditubuhkan pada 2015 telah mendapat sokongan padu daripada Cradle Fund di mana pembangunan teknologi AI ini selari dengan keperluan Industri 4.0 yang mencorak ekonomi masa hadapan dunia," kata Ping Onn pada majlis pelancaran Nucleus’17 di sini. Majlis itu telah disempurnakan oleh Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Menurut Ping Onn, penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI ini akan membantu pelbagai sektor ekonomi seperti perbankan, insurans, data keselamatan dan kesihatan di negara ini terutamanya dalam menyelesaikan  masalah menganalisa data dengan lebih pantas. seiring dengan keperluan teknologi data besar atau big data.

Kata beliau, uniknya, teknologi ini dapat mempelajari dan menganalisa maklumat sendiri dengan pantas yang tidak mampu dilakukan oleh manusia dalam tempoh singkat. 

"Teknologi Cortex AI ini juga dapat membantu dalam bidang kesihatan, di mana analisa trend pesakit kanser payu dara dapat dilakukan dengan pantas menerusi analisa data imej ribuan kanser payu daya dan diharap dapat membantu pakar perubatan mengenalpasti tanda-tanda awal kanser untuk rawatan sebelum terlambat," katanya. - UTUSAN ONLINE